Dalam bulan puasa, salah satu menu wajib yang sering dinikmati adalah ikan rebus air asam.
Cara penyediaannya yang penuh dengan perasa dan aroma yang memikat hati membuatkan hidangan ini begitu ramai diminati.
Dengan teknik memasak yang betul, air asam yang pekat dan melekat dapat dihasilkan, memberikan pengalaman rasa yang memuaskan bagi sesiapa yang mencubanya.
Menu kampung je hari ini tapi 2 kali tambah nasi.
Kalau air asam ni memang kegemaran ramai. Akan ramai tolak lauk lain.
Bahan-bahan:
2 Ekor ikan kembung
Bawang besar
Cili padi merah / hijau
Tomato
Belacan
Paste asam jawa
Gula/ Garam
Perasa
Cara-cara masak
1- Korang rebus dulu ikan, letak air, 2 keping asam gelugur dan sedikit garam, dah masak angkat ketepikan
2- Dalam satu mangkuk korang masukkan belacan yang dibakar, asam jawa, air rebusan ikan tadi dan gula
3- Masukkan cili, bawang besar dan tomato, kacau sebati
4- Tuangkan atas ikan tadi, gaul-gaul sampai sebati dan siap
Selamat Mencuba!
Baca:Guru lelaki alami penyakit misteri selepas tolak cinta cikgu janda