Hidangan Spanish Tortilla, atau lebih dikenali sebagai Telur Dadar Berkentang di Malaysia, merupakan salah satu hidangan yang paling terkenal dari masakan Sepanyol.
Hidangan ini menggunakan bahan asas seperti kentang, bawang besar, dan telur, yang diolah dengan sempurna menjadi sajian yang memuaskan.
Berikut adalah resipi yang mudah diikuti untuk menyediakan telur dadar berkentang a.k.a Spanish Tortilla yang lazat di rumah.
CARA BUAT TELUR DADAR BERKENTANG (SPANISH TORTILLA)
telur dadar berkentang
Bahan-Bahan:
700 g kentang – dikupas dan dihiris kepingan dengan ketebalan 4-5mm
100 g bawang besar – dihiris nipis
4 biji telur
Minyak zaitun / minyak masak
Perasa seperti garam, MSG, serbuk cili (secukup rasa)
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar di atas api sederhana. Goreng kentang yang telah dipotong hingga matang dan keperangan di bagian luar. Pastikan kentang dimasak secara merata.
2. Selepas kentang masak, toskan minyak berlebihan dan masukkan bawang besar yang telah dihiris. Gaul hingga bawang layu dan berbau harum.
3. Pukul telur dalam mangkuk besar dan tambahkan perasa seperti garam, MSG, dan serbuk cili sesuai selera.
4. Campurkan kentang goreng dan bawang yang telah dimasak ke dalam adunan telur. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik.
5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sama dan tuangkan campuran telur dan kentang ke dalamnya. Pastikan permukaan telur rata dan tutup kuali. Masak hingga permukaan telur cukup padat.
6. Gunakan penutup kuali atau pinggan yang sesuai, balikkan telur dadar dan masak seketika sehingga kedua belah permukaan masak dengan sempurna.
7. Setelah masak, hidangan Spanish Tortilla ini siap untuk dihidangkan.
Nota Penting:
Minyak: Resipi ini boleh menggunakan minyak zaitun sepenuhnya mengikut cita rasa anda.
Ketebalan: Biasanya, telur dadar versi ini dibuat dengan ketebalan lebih dari satu inci.
Resipi ini menekankan pengurangan ketebalan untuk memastikan kentang cukup dimasak.
Selamat mencuba!
Sumber: Hasbullah Ahmad
BACA: Ini tips buat pes tomyam lazat ‘homemade’ seampai menjilat pinggan