Di aplikasi WhatsApp, apabila anda sedang menaip mesej sebelum menghantarnya kepada rakan atau ke dalam kumpulan WhatsApp,
biasanya akan dipaparkan perkataan “typing…” di bahagian atas,
Menunjukkan bahawa seseorang sedang menaip mesej yang boleh dilihat oleh ahli kumpulan atau individu yang akan menerima mesej tersebut.
WhatsApp telah menyatakan bahawa tidak ada cara untuk menukar siapa yang dapat melihat apabila anda sedang menaip…
Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat cara mudah untuk ‘hack’ limitasi paparan status sedang menaip… ini.
Anda tidak perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga, sebaliknya yang perlu anda lakukan hanyalah mematikan data atau sambungan WiFi pada telefon pintar anda.
Kemudian, taip mesej WhatsApp anda apabila telefon anda tidak disambungkan ke rangkaian internet.
Dengan cara ini, individu tersebut tidak akan tahu bahawa anda sedang menaip kerana perkataan “typing…”
pada akaun WhatsApp mereka tidak akan dipaparkan akibat ketiadaan sambungan internet pada peranti.
Walaupun anda boleh menggunakan aplikasi WhatsApp pihak ketiga yang menawarkan tetapan untuk menyembunyikan paparan “typing…”, namun ini mungkin kurang selamat untuk akaun WhatsApp anda.