Tips senang tanam pokok tomato, rupanya ‘jentik’ je terus subur

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seronoknya apabila laman belakang rumah seperti pasarraya, nak apa semua dapat petik!

Namun ada kalanya kita merasakan tidak mampu untuk menanam semua jenis pokok kerana tidak begitu mengetahui tips-tips untuk menyuburkan tanaman.

Ayuh kita lihat perkongsian oleh Zulfazdlina Abdullah di Facebook tentang cara mudah untuk menanam pokok tomato yang pasti membuahkan hasil.

Tips senang tanam pokok tomato, rupanya ‘jentik’ je terus subur

Sebagai langkah permulaan, disarankan untuk mendapatkan keratan batang pokok tomato yang juga dikenali sebagai tunas air, dari nurseri terdekat untuk memulakan penanaman anda.

Tidak digalakkan untuk menanam menggunakan biji tomato ya.

Cara tanam:

Cari tunas air pada batang pokok tomato, kemudian potongnya.

Terus cucukkan keratan ke dalam pasu atau tanah.

Disarankan untuk memotong lebih daripada satu tunas air dan cucukkan ke dalam tanah, kerana tidak semua keratan akan berjaya mengeluarkan akar. Kemungkinan beberapa tidak akan berjaya.

Mari kita teruskan dengan melihat tip penjagaan pokok tomato supaya cepat berbuah, seperti yang dikongsikan oleh MYsarah MK:

1. Teduhan

Yang paling penting, pokok tomato tidak boleh terdedah kepada terlalu banyak panas, kerana ia akan cepat layu dan akhirnya mati. Oleh itu, disyorkan untuk menanamnya di tempat yang teduh dan terlindung daripada sinaran matahari langsung.

2) Pendebungaan

Untuk membantu pokok tomato menghasilkan buah, anda boleh membantu proses penyerbukan dengan menjentik secara perlahan bunga yang muncul. Amalkan ini setiap hari untuk merangsang pembentukan buah.

3) Kekerapan siraman dan baja

Siramkan pokok tomato setiap hari kerana ia mudah layu jika terkena panas.

Jangan lupa gunakan baja juga. Baja yang digalakkan guna adalah palet tahi ayam dan Ezigrow.

4) Sokongan batang

Untuk menjaga pokok tomato yang batangnya lembut, disyorkan untuk mengikatnya pada kayu atau pagar.

5) Racun serangga

Pokok tomato mudah dihinggapi oleh serangga. Salah satu racun yang disarankan untuk mengawal serangga tersebut adalah cuka kayu.

6) Penjagaan buah

Apabila pokok tomato sudah mulai berbuah, disarankan untuk membungkus buah-buahan tersebut kerana haiwan boleh menyerangnya dan menyebabkannya berlubang dan rosak.

7) Daun kering

Buang daun yang kering atau rosak dan tinggalkan yang elok sahaja.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Dynas Mokhtar terkejut duit lesap dalam bank, jumpa banyak transaksi mata wang asing