“17 tahun aku berkahwin memang tiap kali raya pertama sampai seminggu aku nak balik kampung suami, aku tak kisah”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Aku budak bandar, mak aku tak pernah ajar aku bab ni. Jangan suruh aku beli ikan, aku cuma kenal ikan bilis je.

Suami aku akan beli barang mentah kat kampung. Siang siap-siap kat belakang rumah mak mertua aku.

Nama aku Alia. 45 tahun. Seri rumah. Eh, suri rumah! Seri pun boleh sebab kalau aku tak ada suram rumah aku tau. Kira aku penyeri rumah.

“17 tahun aku berkahwin memang tiap kali raya pertama sampai seminggu aku nak balik kampung suami, aku tak kisah”

Suami aku pegawai kerajaan gred 52. Sebab suami aku beberapa kali ditugaskan ke luar negara, aku kena resign. Dulu aku kerja bank. Sekarang kerja aku urus anak. Apooo penat giler urus anak dari urus duit bank. Anak aku 4 orang.

2 boarding school (asrama penuh), 2 primary school. Suami aku suka aku jadi suri rumah. Sebab makan pakai terjaga. Dia dan anak-anak pi sekolah dari anak sulung aku kindergarten memang bawa bekal. Anak semua aku hantar dan ambil.

Apa- apa memang aku yang urus. Rumah aku kemas dan bersih. Suami aku balik wangi je rumah aku. Habuk pun tak de wei. Aku memang jenis pembersih lantai rumah pun berkilat. Suami aku tenang-tenang pi kerja dan urus negara (dah kerja kerajaan kira urus negara lah kan).

Balik kerja, suami aku tak goyang kaki. Ye la, benda goyang kaki ni boleh buat goyang rumahtangga. Kih kih. Suami balik dia bersihkan diri. Lepas tu aku minta tolong dia buat apa aku tak mampu buat. Perempuan kan lemah.

Mesti kena minta tolong lelaki yang gagah. Aku tengok anak-anak buat homework. Homework sekolah aku incharged. Pastikan anak siapkan tugasan dan anak boleh tanya aku jika ada masalah pelajaran. Suami yang ajar anak mengaji.

Ni memang 100% tugas dia, sebab kalau dok luar negara negara bukan muslim sapo lagi nak ajar kalau bukan bapak sendiri? Suami kena pastikan semua anak boleh mengaji dengan baik dan khatam al-quran. Settlekan bacaan solat anak-anak sejak depa umur 6-7 tahun.

Anak-anak aku waktu usia tu kami tinggal di luar negara. Kalau aku penat (selalu juga penatnya ni), perempuan kan lemah jadi memang selalu penat. Kah kah. Suami akan tolong masak dinner. Simple pun tak pe. Tapi kebetulan suami aku ni boleh masak dengan baik.

Bawah sikit je level khairul ming. Nanti dia juga akan kemas meja dan dapur. Anak-anak semua tolong bapak dia ngemas. Bab laundry, aku settlekan baju yang basuh dengan washer. Mana mana yang kena hand wash, suami aku handle. Sidai dan lipat keje aku.

Sebab aku dulu budak asrama, lipat kain baju ni aku ada piawaian tinggi yang suami aku tak leh buat. Jadi bab tu aku buat. Tugas aku lagi sediakan bekal, breakfast dan lunch. Tu aku dah bangun 4am buat benda alah tu. Sebab tu masa dinner bateri aku dah kong. Laki aku kena take over.

Oh bab beli barang basah memang tugas suami aku. Kau jangan suruh aku pi beli ikan. Aku cuma kenal ikan bilis je. Kah kah. Suami aku orang kampung, selalu tolong mak dia pi pasar. Aku budak bandar, mak aku tak pernah ajar aku bab ni.

Lepas tu aku masuk sekolah asrama, lagi h4ncur bab kenal bahan basah ni. Suami aku beli bahan mentah. Dia juga siang semua benda tu. Tugas aku masak je. Lepas balik Malaysia, suami aku akan beli barang mentah kat kampung.

Siang siap-siap kat belakang rumah mak mertua aku. Memang laki aku bersihkan bahan mentah tu semua. Aku rasa mak mertua aku mesti tau aku tak pandai buat semua tu. Sebab anak lelaki dia je buat. Maaf mak. Anak mak dah terkahwin dengan saya. Tak boleh undur masa.

Aku rasa suami aku ni baik ikut mak dia. Mak mertua aku sepanjang hampir 17 tahun aku kawen tak pernah nampak aku siang ikan. Tak pernah tanya aku kenapa aku tak siang ikan. Ada beberapa kali aku bangun lewat, eh ke selalu?

Dia tak pernah marah aku. Dia ada 8 anak, 8 menantu. Aku rasa sebab aku menantu bongsu kot. Tapi kakak kakak / biras aku cakap depa pun tak pernah kena marah. Anak-anak mak mertua aku yang lelaki semua ringan tuIang.

Yang perempuan pun sama. Lelaki perempuan anak menantu semua kena buat keja sama-sama. Keja aku senang, basuh pinggan pas tu sapu sampah. Buat buat sibuk skit vacuum dengan mengemas. Kat rumah mak mertua aku, aku ada bilik sendiri.

Suami aku kemas bagi selesa. Bilik tak besar mana. Tapi ada katil dan tilam empuk. Ada aircond. Ada tempat anak-anak aku tidur bentang tilam dalam bilik sama. Dulu aku suka tidur dalam bilik sebab privacy nak breastfeeding anak.

Tapi anak dah besar. Aku masih suka lepak bilik kalau aku rasa “overwhelming” atau aku nak rehat. Mak mertua aku keluarga besar. Anak buah ada 30 orang kot. Kalau aku nak masuk gua rehat, aku masuk bilik. Tak ada sape kacau.

Sebab tu aku tak kisah balik kampung suami aku lama-lamaaaaaa. 17 tahun kawen memang raya pertama sampai seminggu lepak situ. 17 tahun raya mesti aku nak kat rumah mak mertua. Kalau cuti sekolah aku sibuk suruh suami aku cuti, kami lepak rumah mak mertua aku seminggu dua.

Sementara mereka masih ada. Bapak mertua aku dah 90 tahun. Mak mertua aku 80 tahun. Dua-dua masih sihat dan aktif. Tak ada penyakit 3 serangkai ok! Korang jangan salah faham. Mak bapak aku pun alhamdulillah baik.

Alaaaa bab ni aku ulang rasa syukur. Mak bapak aku tau aku suri rumah. Tak minta sesen duit aku hulur kat depa. Walhal depa hantar aku sampai ada ijazah sarjana. BeIah aku, aku anak sulung. Bagi depa, depa dah gembira tengok aku happy.

Aku tetaplah hulur juga kat mak bapak aku paling koman RM50 sorang. Mak bapak aku dapat duit sikit pun depa punya syukur dan tadah tangan doakan aku macam aku bagi depa 5 juta. Alaaaaa terharulah. Mak bapak aku duduk rumah teres kat KL. Selalu lah aku singgah lepak.

Sebab tu raya atau cuti sekolah aku memang lepak rumah mertua yang jauh sikit kat kampung. Mak aku pun jenis balik kampung depa kalau raya. So aku raya rumah mak bapak aku weekend lepas dah puas raya rumah mak mertua.

Aku nak cakap, kahwin ni ada jatuh bangun. Dulu suami aku gaji kecik masuk kerajaan. Aku lah cover belanja rumahtangga. Gaji aku keje bank dulu mewah. Aku bagi mak bapak aku masa tu sampai ribu-ribu sebulan. Lepas tu aku resign, suami aku dah stabil.

Bila aku sakit, suami aku jaga aku macam minyak yang penuh. Argghhh touching ni . Aku dapat anak beberapa tahun lewat, tak de sape berani tanya aku apa-apa. Aku pun jenis firm juga, kot orang tanya memang aku sound je.

Ada suami, anak-anak, mak bapak dan mertua yang baik ni harta yang paling bernilai. Tak dapat jual beli. Depa ni set benchmark tinggi. Sok lusa aku dah ada menantu, nampaknya aku dah ada role model nak jadi macam mana buat anak menantu selesa dan rasa nak balik jenguk selalu.

Jadi korang boleh isi borang untuk anak korang yang sape nak jadi menantu aku. Aku selalu baca confession dalam ni. Ramai bertanya masih adakah perkahwinan bahagia ke? Ada, ikut juga definasi bahagia kau macam mana. Ini definasi bahagia aku.

Kadang-kadang aku rasa sedih bagi yang menghadapi pelbagai ujian kekeluargaan. Aku doakan korang semua / kita semua dipermudahkan urusan dalam menghadapi apa sahaja ujian. – Alia (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Kamariamm Rodhint : First time baca confession yang happy jadi seri rumah dan happy dengan mertua, yang selalu tu kalau tak de masalah suami tahi hidung masin, ada pulak yang tak tak sebulu dengan mertua, Alhamdulillah, tahniah diucapkan semoga confessor bahagia hingga ke jannah dengan suami tercinta.

Rohani Jusoh : Seronok baca kebahagiaan dalam menjadi isteri, ibu, anak dan menantu boleh kita cari andai semua ada sifat kasih sayang .Tidak mustahil bahagia dalam berkeluarga masih ada terutama antara menantu dan mertua .Win sangat TT semoga kekal bahagia hingga Jannah.

Zaharah ZaAra : Lapang ckit kali ni. Ada jugak rumahtangga yang bahgia aka syurga. Terim kasih lah pada alia yang sudi sharing. Serabut jugak actually kalau hari-hari dengar kisah curang, dikhianati, dianiaya.

Moga rumahtangga awak kekal bahagia alia (sama nama anak saya) hingga ke jannah. Aamiin..

BACA: “Susu pun aku bagi yang mahal punya, kalau harap mak bapak kandung dia jaga, tak mampu nak bagi susu mahal dan baju mahal macam ni”