Isu pekerja asing merupakan topik yang sering menjadi perbualan di media sosial dalam kalangan rakyat tempatan.
Baru-baru ini, seorang pekerja asing menarik perhatian ramai apabila dia memaparkan pendapatannya sebanyak RM 4200 sebulan,
Namun dia mengakui bahawa dia tidak menggunakan sejumlah besar wang tersebut, sebaliknya menghantarnya pulang ke kampung halaman.
“Saya bekerja selama sebulan dan mendapat RM 4200, bos memberi wang ini kepada saya.
Keseluruhan wang ini saya hantar pulang ke kampung, saya hanya simpan RM 200 untuk diri sendiri,” katanya.
Dia yang kelihatan bekerja sebagai kontraktor binaan turut berkongsi bahawa dia tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli pakaian harian, tetapi menghantar keseluruhan wang tersebut ke kampung halamannya.
Lihat siaran ini di Instagram
“Ini adalah tindakan yang baik, dia ingat akan keluarganya,” kata seorang individu.
Perkongsian ini pastinya menyentuh hati ramai netizen serta mendapat pujian atas tindakan pekerja asing tersebut. Tidak kurang juga, banyak yang mendoakan agar pekerja tersebut sentiasa dilimpahkan rezeki yang berkat.
Tidak kurang juga, terdapat pendapat bahawa pendapatan yang diperolehnya adalah setimpal dengan usaha keras yang telah dilakukannya sepanjang ini.