Ayam yang segar adalah penentu utama bagi kualiti hidangan yang anda sediakan.
Bagi sesetengah individu, mencari ayam mentah yang segar di pasar sering kali menjadi cabaran kerana kesemuanya nampak serupa.
Jadi, apakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menilai kesegaran ayam?
Jangan risau, mari kita dengar perkongsian dari seorang bekas tukang masak tentang perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih ayam.
Petua memilih ayam segar:
1) Warna
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat atau warna kebiru-biruan, ayam tersebut kebiasaannya sudah diletakkan bahan pengawet formalin dan disejuk beku.
Ayam segar dan yang sudah lama boleh dibezakan sekiranya mempunyai ilmu. -Gambar hiasan
2) Tekstur
Ayam yang segar apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu apabila ditarik.
Isi ayam yang segar apabila ditekan akan terasa empuk dan kembali ke bentuk asal apabila dilepaskan. Tetapi sekiranya isi ayam yang ditekan itu tenggelam, ia adalah ayam lama.
Selain itu, sebagai nota tambahan, ayam yang kenyal kebiasaannya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak kebiasaannya telah disuntik.
3) Darah
Apabila ayam dilihat mempunyai banyak darah atau cecair berdarah, kebiasaannya adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula.
Ayam segar tidak sepatutnya mempunyai ‘air darah’ yang banyak.
4) Bau
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5) Lalat
Sekiranya ada lalat yang menghurungi atau hinggap pada ayam, kebiasaannya ayam itu tidak lagi segar.
Elakkan membeli di gerai ayam yang mempunyai banyak lalat.
BACA: Muhyiddin Yassin pernah jadi punca pesalah dadah terlepas dari dipenjara, ini kisah ramai tak tahu