Ini cara orang Korea balik kampung bila tiba musim perayaan

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Menurut National Today, permulaan tahun baru dalam kalendar lunar ini turut diraikan oleh masyarakat Korea.

Tahun Baru Lunar Korea atau ‘Seollal’ ini lazimnya disambut pada masa yang sama dengan Tahun Baru Cina.

Ini cara orang Korea balik kampung bila tiba musim perayaan

Seollal merupakan keraian dan hari cuti terbesar bagi warga Korea ketika penghujung musim sejuk dan awal musim bunga. Pada musim tahun baru dan cuti itu, ramai orang balik kampung untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak-saudara.

Balik Kampung

Ini cara orang Korea balik kampung bila tiba musim perayaan
Berdasarkan artikel Creatrip, dengan nada bergurau orang Korea ketika ini migrasi besar-besaran seperti burung bagi pulang ke kampung halaman.

Ini cara orang Korea balik kampung bila tiba musim perayaan
Tiket kereta api amat susah nak beli, harus ditempah awal semasa ada diskaun. Sekiranya pergi ke stesen baru nak beli tiket masa nak dekat raya, menangis lah terguling-guling di situ.

Tiket terlajak laris sekelip mata dan kaunter tiket seperti medan perang, sesetengah orang sanggup tidur di depan stesen tren bagi berjuang dapatkan tiket.

Tidak boleh naik kereta api, bas ada sebagai alternatif walaupun sama sukar juga untuk mendapatkannya. Sekiranya baru nak beli masa balik kampung, penumpang kena beratur 2-3 jam di kaunter.

Ini cara orang Korea balik kampung bila tiba musim perayaan

Meskipun jalan laluan untuk bas tidak jem seperti kereta, ia tetap mengambil masa lebih lama daripada kebiasaannya.

Bagi yang naik kereta, trafik sesak dan jem sungguh. Perjalanan yang biasanya ambil masa 3-4 jam boleh jadi 7-8 jam semasa Seolla. Tidak kira sukar macam mana pun, setiap orang mesti ‘Ooo balik kampunggg~ Ooo balik kampung… Hati girang~’

Ini cara orang Korea balik kampung bila tiba musim perayaan

Sampai Di Kampung

Hari Seollal turut menjadi hari paling panjang (dan penat) bagi para suri rumah di Korea. Para wanita yang sudah berkahwin akan pulang sehari sebelum hari penting itu untuk membantu emak mentua menyediakan makanan tradisi bagi menjamu keluarga besar.

Manakala lelaki Korea selalunya tidak buat apa-apa semasa Seollal, hanya tidur-bangun-tidur-bangun berehat di rumah.

Ramai wanita Korea mengelat tunjuk muka sebelum Seollal kerana bukan sahaja mereka ditekan menyediakan makanan dan buat kerja rumah, tetapi juga dapat tekanan daripada ahli keluarga mentua. Menurut Creatrip lagi, paling teruk bila ada yang tidak tahan dan minta cerai.

Namun kini masyarakat Korea sudah mula berubah, menerapkan konsep kesaksamaan gender jadi ramai ahli keluarga tidak kira lelaki atau perempuan akan sama-sama membantu siapkan hidangan.

BACA JUGA :‘Aku yang tangkap kau berkhalwat dengan suami orang, aku yang dimasukkan ke dalam lokap’