Berkat berhabis duit dengan orang tua, Allah bayar dengan sale 6 angka

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Dalam rezeki kita, terdapat juga rezeki untuk orang lain. Ungkapan ini membawa makna yang penting

kita perlu sentiasa bersedia untuk bersedekah dan membantu orang lain dengan menggunakan rezeki yang diberikan kepada kita.

Baru-baru ini, seorang usahawan muda bernama Diana (@_dianasruddin) telah berkongsi kisahnya yang menggembirakan mengenai kejayaannya dalam peniagaan tudung

Berkat berhabis duit dengan orang tua, Allah bayar dengan sale 6 angka

selepas belanja ibu bapanya barang dapur di pasar raya. Kisah ini telah dikongsikan oleh Diana sendiri di laman Twitter.

Dalam penjelasannya, pemilik Diana Shawl menyatakan bahawa dia telah berkongsi sedikit rezekinya dengan membeli barang dapur bagi ibu bapanya yang bernilai hampir RM600 pada 9 Oktober yang lalu.

Namun, pada 10 Oktober, perniagaannya mendapat sambutan yang baik dan memberikan pulangan untung sehingga mencapai 6 angka. Diana bersedekah dengan RM600, tetapi rezekinya digantikan dengan keuntungan yang besar.

Terkejut dengan apa yang berlaku, usahawan yang berumur 23 tahun ini menyatakan bahawa ini adalah pengajaran yang baik baginya.

“Jangan pernah berkira dengan orang sebab rezeki Allah itu luas”

Postingan ini yang telah mendapat hampir 12,000 perkongsian menarik perhatian netizen, yang turut berkongsi kisah mereka tentang pengalaman dalam bersedekah.

“Patutlah asal nak beli je banyak halangan”

“Dapat tawaran kerja dengan gaji RM1600++”

“Tadi baru je belanja opah makan”

“Saya dapat JPA punya program untuk ijazah saya”

Ini adalah pengajaran yang berharga bagi kita semua – jangan pernah ragu untuk bersedekah, terutamanya kepada keluarga kita sendiri. Ganjarannya pasti lebih besar daripada apa yang kita berikan.

BACA: Patutlah warga asing punyai simpanan ratusan ribu ringgit, rupanya dia belanja RM200 je sebulan