Tak sangka teh uncang buat tanaman cili subur,ikut cara ni je

Oleh ISMAIL YAHYA

Tahukah anda, teh uncang yang sudah digunakan sebenarnya masih boleh dikitar semula dan mampu memberi manfaat khususnya dalam bidang pertanian.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Armanshah Mohamad Tahir yang tampil berkongsi ilmu pertaniannya dalam platform berkenaan.

Menurut Armanshah, penggunaan teh uncang merupakan salah satu petua berkesan yang mampu membantu dalam menyuburkan tanaman terutamanya, pokok cili padi.

Tak sangka teh uncang buat tanaman cili subur,ikut cara ni je

Jelasnya, beg teh uncang yang sudah digunakan perlu dibuka kemudian masukkan beberapa biji benih cili ke dalamnya lalu tunggu sehinggalah ia bercambah dahulu.

Selepas benih sudah bercambah, tanaman tersebut kemudian boleh dipindahkan ke bekas yang lebih besar dan disiram dengan air basuhan beras agar cepat berbunga.

“Saya menggunakan uncang teh yang sudah digunakan dari membazir dan buang begitu sahaja. Daun teh boleh dijadikan sebagai medium dan baja anak benih cili.

“Caranya, anda perlu meletakkan sedikit air ke dalam uncang teh yang telah dibuka supaya lembap. Perlu diingatkan, serbuk teh akan cepat kering jika cuaca panas.

“Boleh juga guna air basuhan beras daripada sahaja ke buang dalam sinki. Malah, pokok akan jadi lebih subur dan cepat berbunga,” katanya dalam hantaran tersebut.

Turut berkongsi tip dan larangan untuk menanam cili di sekitar rumah, pokok tersebut perlulah ditanam di kawasan yang menerima paling banyak sinar cahaya matahari.

1. Jangan salah pilih bekas! Contoh bekas yang sesuai adalah pasu 16 inci X 20 inci.

2. Pastikan tiada pokok buah jambu seperti mangga, belimbing dan jambu di kawasan tanaman cili untuk mengelakkan serangan lalat buah.

3. Jangan tanam benih cili pada waktu tengah hari untuk mengelakkan kesan kejutan haba.

4. Pastikan air tidak bertakung di dalam uncang teh dan juga pasu kerana ia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.

Baca juga “Bahasa yang cukup kesat, saya tak halal setitik susu dan tak halal darah saya mengalir dibadannya, hina sangat ke saya sebagai ibu?”