Selain mempromosikan produk dan lakonan, telatah pelakon terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana sering menjadi perhatian.
Che Ta yang sentiasa menyerlah dengan loghat utaranya itu seringkali mencuit hati netizen dengan lawak jenakanya yang bersahaja.
Mana tumpah kuahnya kalau tidak ke nasi, Aaisyah dilihat seorang anak yang hampir menyamai dengan ibunya yang gemarkan bersolek.
Dalam satu perkongsian di TikTok, Che Ta membawa Aaisyah ke sebuah kedai solekan (mekap) Sephora untuk membeli barangan di sana dengan wang RM100.
Pada mulanya, Che Ta meletakkan syarat supaya hanya membeli barangan di sana dengan harga RM100 untuk satu minggu.
“Ingat, RM100 sahaja tau setiap minggu. Jangan ambil lebih, kurang tak apa,” kata Che Ta.
Bagaimanapun, apabila melihat harga beberapa barangan solekan yang mahal, Che Ta menaikkan dari RM100 kepada RM250 untuk satu minggu.
@rozitachewan1 Harap2 video ni tk kena removed oleh tik tok lah ye😬😬😬😬 . Stress kiter! . Hampa masuk kak pora 55 henggit baqu dpt celak besaq en en ja .. . Ni serum cekang jelita kami ni, dh la guna bahan2 premium, serum pertama kt malaysia yg mengguna SEA FENNEL STEAM CELL yg mana bg cekang serta merta & serum ni adalah serum yg menyahkan JERAGAT .. Nk muka lawa menjelang raya , tekan bag kuning laju2‼️ . #cekangjelita #serumviral #byrcw #cekangsampairaya #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #fyp ♬ original sound – ROZITA CHE WAN
“Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okey mommy naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah,” kata Che Ta.
Jumlah keseluruhan yang dibeli Aaisyah berjumlah RM174. Berbaki RM76, jumlah tersebut katanya akan dibawa untk pembelian minggu hadapan.
“Terima kasih mommy, I love you so much,” kata Aaisyah.