“Suami layan aku dengan baik selama berkawan, tapi lepas nikah je terus jadi lain pula

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Jika sejak awal lagi sudah ada ura-ura bahawa pasangan curang maka janganlah sakitkan diri sendiri untuk tetap teruskan niat buat halalkan hubungan.

Buat wanita ini, dia tidak menyangka layanan baik semasa berkawan daripada suaminya berubah sepenuhnya selepas dia berkahwin.

“Assalamualaikum, thanks iiumc sebab siarkan my confession.

“Suami layan aku dengan baik selama berkawan, tapi lepas nikah je terus jadi lain pula

Confession ni adalah berkenaan beberapa siri episod kecurangan yang saya hadap.

Kebetulan pula sehari dua ni heboh tentang seorang selebriti dicop ‘home wrecker’. Saya tak mahu ulas pasal dia sebab dia sudahpun terima bahagian dia. Allah Maha Melihat guys.

Nama saya Lea. Berumur 27 tahun dan seorang eksekutif swasta di sebuah syarikat pembinaan. Sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang saya kenali hampir 10 tahun.

Tapi, saya ditinggalkan selesai sahaja majlis akad. Katanya dia terpaksa berkahwin dengan saya. Dengan kata lain, saya digantung tidak bertali.

Sehingga kini saya masih isterinya yang sah. Saya tidak menolak kejadian ni juga ada sangkut paut dengan sihir pemisah. Tapi, wAllahualam. Allah lebih mengetahui.

Waktu berkawan saya jarang berjumpa suami sebab dia di utara dan saya diselatan. Kami banyak berhubung di telefon.

Ada laa dalam dua ke tiga kali kami berjumpa selama 10 tahun berkawan, itu pun waktu kenduri di rumah keluarga mentua.

Hubungan saya dengan keluarga mentua juga rapat. Pernah sebelum kahwin suami cakap, saya mungkin akan jadi menantu kesayangan ibu ayah dia sebab sebelum kahwin pun ibu ayah sangat ambil berat pasal saya.

Tapi, selama kami berkawan tu jangan cakap laaa berapa ramai girls yang contact saya just untuk bagitau suami saya tu teman lelaki dia.

Saya layankan je. Tapi, tiga tahun lepas dia lamar saya untuk jadi isteri..

So, kami makin rapat. Tak kisah pun gosip pasal suami. Sebab? Saya fikir kalau dia ajak saya kahwin, maknanya dia serius dengan saya. Jadi saya teruskan. Gosip liar saya abaikan.

Selama tempoh menunggu untuk jadi isteri ni hubungan kami normal. Tak pernah bergaduh. Sebab saya jenis yang tak suka bergaduh. Kalau merajuk pun seminit je bertahan.

Sampaikan, kakak-kakak pejabat tegur. ‘Lea, akak tengok awak ni happy je. Selalunya orang bercinta ni ada la masa masam muka. Yang awak ni tak nampak pun muka stress ke apa’.

Malas sebenarnya nak bergaduh. Kita sakit hati. Jadi, saya cuba jadi orang yang positif. Tak kisah pun tengok komen gedik beberapa orang perempuan di Facebook suami.

Tapi komen-komen tu suami tak balas pun. Jadi saya tak ambik port sangatlah.

Tipulah kalau kata saya tak merajuk.. tak cemburu.. ada juga.. tapi malas dilayan. Suami pun jenis cool. Bukan jenis marah2. Tak cepat melenting.

Pada saya, dia lelaki yang sangat baik. Hormat orang tua, soft spoken dan semestinya kacak. Mungkin sebab tulaa ramai peminat.

Sampailah hari menikah.. saya ditinggalkan. Tanpa nafkah zahir batin. Tanpa khabar berita. Mesej saya tak dibalas. Cuma hal penting sahaja.

Sedih memang sedih. Suami berubah 360 darjah. Sampaikan saya dah tak kenal siapa dia. Kami dah macam orang asing.

Dah bergelen air mata habis. Tapi sekarang dah kurang sikit membazir air mata. Sebab hidup perlu diteruskan.

Penat jugak menangis ni.. Mata hidung semua jd sembap. Hodoh je bila bila tengok cermin. (Tapi saya cantik tau hahaha perasannya).

Maka bermulalah episod ujian dalam hidup saya. Tak lama lepas kahwn, ada seorang perempuan hantar pesanan di fb.

Disoalnya siapa saya? Tak tahu ke yang suami saya tu dah ada gf sebelum ni?

Saya masa tu ketar kepala lutut jugalah, hahaha. Tapi saya cuba wat lek wat peace. Saya balas dengan cara paling berhemah.

Tak mahu jadi perempuan low class seperti dia. Saya just cakap, ye dia suami saya. Kami dah berkawan lebih 10 tahun.

Kisah cinta dia sebelum kami menikah ni saya tak layan sebab sekarang dia suami saya yang sah. (Biarpun saya ini hanyalah isteri diatas kertas shj).

Terus dia diam dan bl0\ock saya di fb. Eh, dia pulak yang block kita.

Semua benda diatas tu saya tak sorok pada keluarga mentua. Pendek kata Allah dah anugerahkan saya keluarga kandung dan keluarga mentua yang terbaik.

Tapi mungkin ini permainan Dasim. Benci melihat hubungan halal anak adam.

Selepas dari episod perempuan tu, muncul pulak episod gf yang lain pula. Tapi yang ini special sikit sebab sampai ke hari ni memang suami saya berhubungan dengan dia.

Dah banyak mata yang melihat mereka keluar berdua. Pernah juga terkantoi chat suami dengan perempuan itu. Saya cuba berseloroh, supaya dia berterus terang kalau dia ada gf lain.

Memang takklaaa dia nak mengaku. Kenapa nak takut? Kenapa tak nak mengaku? Saya fikir, mungkin dia tak nak perempuan itu dipersalahkan.

Pernah dia marah pada saya, sebab saya cuba mesej perempuan tu. Saya cuma nak berkenalan dengan gf suami.

Tapi berapi saya dimarahi suami. Perempuan tu mengadu saya mesej dia. Eh, penakut rupanya dia.

Jadi saya hanya berdiam diri. Dah orang tak suka kita. Walau saya punya hak sebab saya isteri. Tapi hak saya dinafikan suami.

Saya fikir, nak je saya saman perempuan ketiga ni. Tapi malas pulak, sebab suami sendiri yang melayan. Dan saya pula dah lama dibuang.

Ada yang suggest supaya saya minta fasakh. Tapi pada saya itu jalan terakhir saya akan ambil sekiranya semua usaha saya dan keluarga menemui jalan buntu.

Lagipun, siapa tak sayang suami. Dan saya sayang perkahwinan ni. Kalau boleh saya akan usaha selamatkan sehabis daya. Tapi andai kata, usaha saya tak berbalas.. maka saya redha.

Pasal sihir pemisah yang saya cakap tadi, saya ada dibawa berjumpa dengan ustaz darul syifa.

Rata-ratanya mengatakan suami terkena guna-guna. Siapa pelakunya? Saya pun tak tahu. Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Sehingga ke harini, saya masih lagi berikhtiar. Cuba untuk mengembalikan semula suami ke pangkuan keluarga. Tapi takdir Allah tak siapa yang tahu. Saya hanya mampu berserah.

Suamiku, saya ampunkan segala salah dan silap awak. Buat teman wanita suami, selamat berbahagia diatas kesedihan orang lain.

Buat penyihir yang hanya Allah sahaja yang tahu, semoga Allah mengampunkan dosa kamu. Dosa kamu pada saya mungkin boleh saya maafkan tapi saya perluukan masa.

Buat keluarga tersayang, maafkan Lea. Lea hanya memberi duka buat ibu ayah.

Doa Lea semoga Allah segera menghapuskan luka-luka di hati ibu, ayah, umi dan walid. Dan semoga Allah memberikan kita semua jalan yang terbaik.

Tak ada siapa yang betul dan tak ada siapa yang salah. Saya tak menuding jari pada sesiapa. Semuanya aturan Allah. Tak kan terjadi sesuatu tanpa izin Allah.

Satu lagi guys, dunia harini mungkin makin moden, kereta terbang sembang kencang tapi jangan terkejut kalau orang yang percaya pada sihir ini masih wujud.

Mungkin kisah saya hanya ada satu dalam 100 orang. Tapi percayalah ujian Allah banyak menyedarkan kita.

Ujian setiap orang berbeza. Allah pasti akan uji setiap hambanya yang beriman. Ujian saya begini, ujian kamu pula begitu. Allah menguji sesuai dengan kemampuan kita.

Semoga saya dan yang senasib dengan saya akan menemukan titik redha yang sebetulnya. Mungkin waktu itu barulah Allah mengabulkan setiap doa kita.

Teruskan berdoa dan meminta tanpa putus. Allah tidak zalim. Sampai waktunya, kita pasti temui bahagia samada di dunia atau di akhirat

Kisah saya ini masih belum menemui penamat. Tapi, saya sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Baik atau buruk pun ia terpaksa saya terima.

Mohon doa kalian semua semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik untuk kami.”

BACA: “Depan mak mertua suami ceraikan saya, dia ingat aku nak merayu tapi aku langsung tak menangis tapi sebenar aku lega!”