Bayar 20 liter tapi bila isi 20 liter minyak kereta tak cukup! Jurutera dedah puncanya

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Setiap pemilik kenderaan tentu memberi keutamaan kepada penjagaan kenderaan mereka kerana kenderaan itu dibeli untuk kegunaan jangka panjang.

Oleh itu, tidak menghairankan jika sesetengah pemandu agak cerewet tentang kenderaan mereka, termasuk ketika mengisi minyak.

Ada yang hanya mahu mengisi minyak di stesen minyak tertentu dan lebih suka minyak hijau berbanding kuning.

Bayar 20 liter tapi bila isi 20 liter minyak kereta tak cukup! Jurutera dedah puncanya

Walau bagaimanapun, ada satu persoalan yang sering bermain di minda setiap orang ketika mereka hendak mengisi minyak: adakah mereka mendapat jumlah minyak yang sama seperti yang diisi?

Contohnya, ketika pergi ke kaunter untuk mengisi RM 30 atau 20 liter, adakah jumlah minyak yang masuk ke dalam tangki benar-benar RM 30 atau 20 liter?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita baca perkongsian Dr Aid Fawzal, seorang Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba.

Soalan: Kalau isi 20L petrol, betul ke dapat 20L?

Jawapan: Ya & tidak!Kita akan dapat 20L +- (plus-minus) beberapa millilitre.

Perkara pertama, setiap pam pada stesen minyak perlu melalui kalibrasi mengikut sela-masa yang telah ditetapkan.

Kalibrasi ni satu semakan atau penentusahan kuantiti yang pam tu keluarkan. Paparan pam kata 1L, maka pam kene keluarkan 1L.

Ni contoh sticker pada pam yang menunjukkan telah dikalibrasi & tempoh sah.

Saya ambil gambar ni sewaktu saya di Malaysia Ogos lalu.

Walaupun telah dikalibrasi, hasil pam tetap boleh lari sikit dalam beberap milliliter (mL).

Ini disebabkan proses kalibrasi pam ni dijalankan secara “in-situ” (in situation) dan bukan dalam makmal.

Bila buat luar makmal ni, ada perkara-perkara alam yang tak dapat dikawal sewaktu proses kalibrasi itu dijalankan. Antaranya suhu & tekanan sewaktu proses kalibrasi itu boleh jadi berbeza dengan keadaan kita pam hari ini.

Pun macam tu, hasil dapatan sepatutnya tidak lah jauh sangat.

Sekali lagi. Ni kita cerita pada stesen minyak yang dikawal selia dengan baik. Pam-pam diselenggara dengan baik. Pam-pam yang sentiasa dikalibrasi.

Terakhir, nilai minyak yang tertinggal dalam hose tu sikit je tau.

Korang boleh cuba isi minyak dalam tong. Bila pam dah tendang, cuba angkat hose tengok berapa banyak baki yang masuk.

Saya zaman sengkek dulu pon angkat hose. Bila dah tak sikit je sangat, dah tak buat dah.

Begitulah jawapan kepada pertanyaan yang bermain dalam minda segelintir pemandu di Malaysia. Apa pun, semoga ia dapat menjawab persoalan anda semua.

BACA: Dengan hanya bernyanyi depan pintu mall, dua-beradik raih pendapatan RM12000 sebulan