Assalamualaikum buat semua pembaca di ruangan ini. Biarlah cerita aku diluahkan di sini kerana tiada siapa yang sudi mendengar masalah aku
Aku adalah andartu yang tinggal bersama ibu bapa di rumah aku sendiri.Biar aku bagi gambaran keluarga aku macam mana.
Ibu seorang yang suka mengarah, pemarah, kaki spin cerita, kuat berdrama, suka menyump4h, tidak bersyukur, pilih kasih, suka berjalan dan kurang jaga solat.
Ayah pula seorang yang kuat berangan nak jadi kaya, percaya benda mistik, tidak boleh memimpin keluarga kerana kurang tegas dan kerap bersikap lepas tangan tetapi dengan orang luar sangat bertanggungjawab, banyak berpura – pura depan orang luar.
Ibu bapa aku kerap berg4duh sehingga menyump4h ser4nah didengar jiran keIiling. Bayangkan dari aku sekolah sehingga umur sekarang umur aku dah lebih 40 tahun m4kin teruk per4ngai diorang
. Perg4duhan dari benda kecik tak masuk akal yang biasanya dimulai oleh bebeIan ibu aku yang sentiasa tidak berpuas hati dengan bapa aku dan terus ungkit mengungkit kesalahan bapa aku yang lama – lama atau baru sampai menidakkan peng0rbanan bapa aku.
Itu jer lah yang aku hadap dari zaman sekolah sampai sekarang. Bila emak aku patah kaki dan susah bergerak, bapa aku lah yang paling banyak uruskan t4hi k3ncing ibu aku.
Aku dapat membantu siapkan keperluan makan minum mandi ibu aku sebelum kerja dan sambung balik bila aku balik kerja.
Adik beradik aku pula semua duduk dan kerja jauh, jadi memang akulah yang akan bantu jaga ibu aku dan ibu aku ni banyak kali dah s4kit.
Yang aku nampak dalam adik beradik aku selama ni, hanya adik aku sorang je yang kira berinisiatif turun padang membantu guna tuIang empat ker4t meringankan kerja aku.
Abang – abang dan kakak aku selalunya datang macam tuan jer. Diorang datang berborak, geIak banyak, keluar berjalan. Rumah aku kira macam hotel je.
Aku dari dulu memang pegang titIe bibik dalam rumah walaupun aku berkerja masa diorang bercuti di rumah aku.
Keluarga aku rasa aku ni yang perlu bersyukur dengan diorang semua sebab diorang dah kahwin, aku andartu yang perlukan diorang semua kalau ada masalah bak kata keluarga aku lah terutamanya ibu bapa aku.
Tapi dalam hati aku, aku sedar, diorang semua yang senang dengan adanya aku.
Lagipun selama ini aku tak mintak tolong adik beradik aku pun untuk hidup, aku cuma nak berbakti dengan orang tua aku tapi dalam masa yang sama aku bantu ringankan adik beradik aku.
Sebabnya diorang tak jaga pun ibu bapa aku, cuma untuk enj0y berjalan – jalan je adalah diorang buat untuk ibu bapa aku, kecuali adik aku jer ada yang baik jaga orang tua berbanding yang lain tau cakap dan komen je.
Tapi akhir – akhir ni semenjak kakak aku pindah anak beranak ke rumah aku sebab emak aku patah kaki, aku jadi m4kin str3ss dengan bertambah – tambah kerja rumah nak kena buat. Bila aku baru nak mengadu dengan ibu, aku dah kena marah, tengk1ng, oleh ibu.
Sedangkan kakak aku dahlah tak membantu buat kerja rumah, padahal anak dia tiga orang masih kecil – kecil lagi. Kakak aku ni pulak tumpang senang dengan tuIang empat ker4t aku. Aku turun kerja awal dalam pukuI 5.40 pagi dah keluar rumah.
Aku bangun pukuI 3/4 pagi untuk siapkan apa yang dapat disiapkan dahulu macam mesin baju, masak, sarapan dan keperluan aku sendiri sebelum turun pergi kerja. Sampai masa aku tutup pintu rumah untuk keluar kerja kakak aku tak bangun pun lagi untuk buat apa yang patut untuk keperluan dalam rumah.
Bila aku dah tak tahan aku sound suruh semua pindah rumah ibu bapa aku yang tak jauh dari rumah aku kira dalam 15 minit kalau naik kereta. Untuk pengetahuan korang, dengan ibu bapa aku sekali aku suruh pindah sebab aku dah tak larat dan ibu bapa aku ini terlalu banyak memalukan aku.
Jiran – jiran aku memang selalu dengar ibu bapa aku berg4duh, ibu bapa aku plak selalu mengugvt aku kononnya yang diorang nak pindah rumah diorang sendiri tapi akhirnya tak jugak pindah – pindah. Aku bukan nak haIau ibu bapa aku sebenarnya.
Tapi diorang ni terlalu membebankan aku dengan tugas, tanggungjawab, bertambah masalah dan kewangan aku m4kin sesak bila kakak dan anak beranak duduk serumah. Ibu aku buat tak tau yang aku tersepit dalam situasi ni.
Malah dia lebih kesiankan kakak aku anak beranak dan jaga hati kakak sebab dia dah berkahwin. Habis tu aku yang tak berkahwin ni kena gaIas semua kerja! Huh! benci double standard sejak dari dulu. Sebenarnya banyak sangat perkara meny4kitkan hati yang ibu aku buat, bapa aku tak sangat.
Ibu ni lebih banyak putar beIit keadaan supaya nampak dia jer baik dalam keluarga aku. Aku rasa aku tak nak duduk bersama dengan ibu bapa aku lagi sebab aku cuma jadi anak derh4ka bila duduk bersama. Jadi lebih baik ibu bapa aku duduk rumah dia sendiri atau duduk dengan anak – anak dia yang lain.
Selama 18 tahun selepas keluar dari U aku dah duduk dengan diorang. Jadi biarlah adik beradik aku ambil alih pulak tugas aku tu. Hampir separuh umur aku cover, adik beradik aku semua yang duduk jauh, biarlah diorang pulak merasa duduk dengan orang tua.
Aku tak fikir diorang dapat bertahan macam aku, kalau dapat tu baguslah. Diorang pun anak jugak, bukan aku sorang je anak yang kena gaIas semua tanggungjawab keluarga untuk jaga ibu bapa aku.
Tak reti nak cerita terlalu panjang dan bersimpang siur masalah keluarga aku. Asyik aku yang dipersalahkan, anak yang tak bagus. Penat hidup aku.
Kisah 2 : Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan. Sebenarnya aku malas nak share tapi aku dah tak tahan. Dah tak tahu dekat siapa untuk aku luahkan perasaan ini. Aku lelaki bujang berumur pertengahan 20-an dan berbadan besar.
Aku masih tinggal dengan mak bapak walaupun aku dah bekerja. Pendapatan aku bersih RM3k. Kalau korang nak kata aku ri4k, tak kisah la. Korang bukannya kenal aku pun. Aku tinggal di bandar pentadbiran. Mak bapak aku masih bekerja dan lambat lagi nak pencen. Kedua – duanya kerja kerajaan.
Tujuan aku tulis ni sebenarnya aku nak cerita pasal mak aku. Mak aku ni seorang yang mulut Iaser, mulut joyah, kuat m4ki and jenis yang lidah taj4m. Biasa lah orang Melaka. Kebanyakan je tak semua. Entah berapa kali dah mak aku h1na fizikaI aku g3muk.
Bukan itu aja, ada je lah benda dia kata yang buatkan hati aku terIuka. Lagi 1 mak aku ni suka banding – bandingkan aku dengan anak orang lain. “Tengok si A ni dapat kerja kerajaan. Senang je. Sebab dia kurus la tu, lepas tu pandai bercakap.
Kau ni pulak bila nak kurus? Macam mana nak dapat kerja kerajaan dengan badan besar gem0k macam ni?”. Setiap kali ada budak – budak yang sebaya dengan aku dapat kerja kerajaan, itu lah zikir dia. Bagi dia, kerja kerajaan itu menandakan seseorang itu sudah berjaya dalam hidup.
Lepas tu mak aku selalu kata aku kedekut. Seolah – olah aku tak pernah bagi apa – apa kat dia. Untuk pengetahuan semua, setiap bulan, lepas aku dapat gaji aku akan belanja mak bapak aku makan. Paling koman pun tom yam dan siakap 3 rasa.
Kadang – kadang western. Tengok la selera masa tu. Tak pernah tertinggal setiap bulan. Lepas tu, aku ada bayar jugak bil unifi yang mencecah RM170 setiap bulan. Nasib baik astro dah pot0ng. Rumah aku pakai Unifi TV je.
Plus, aku pun ada bayar Netflix RM30 sebulan. Bapak aku suka sangat tengok cerita Netflix. Mak aku pun kadang – kadang layan jugak. Bila raya mak aku start complain, “kau tengok si N tu, siap belikan mak dia baju raya walaupun gaji kecik”.
Untuk pengetahuan semua N tu seorang perempuan yang duduk kat kampung. Tak ada komitmen langsung. Pergi kerja bapak hantar, balik kerja bapak jemput. Gaji dia boleh kata 50% untuk family 50% untuk diri sendiri. Aku sebagai lelaki aku dah start simpan duit untuk kahwin atau beli rumah.
Tengok keadaan macam mana nanti. Berikut aku senaraikan komitmen aku. (Gaji bersih RM3K). PTPTN – 200. Kereta & minyak – 600. Unifi & TV – 200. Insurans – 150 (mak aku beli insurans ni masa aku study lepas aku dah kerja dia suruh aku bayar).
Unit Trust – 200 (aku terbeli unit trust ni masa aku mula – mula start kerja). ASB – 270. Kutu – 300. Belanja bulanan untuk diri sendiri – 400. Bil telefon – 50. Saving – 400. TOTAL : RM2770. Baki : 3000 – 2770 = RM 230. Dengan RM230 tu la aku belanja mak bapak aku, topap belanja mana yang tak cukup.
Beli sabun mandi, ubat gigi dan sebagainya. Kadang – kadang mak aku suruh pergi kedai beli itu ini, aku beli kan je, tak mintak pun duit balik. Untuk pengetahuan korang, kutu tu aku main sebab nak bayar insurans dan renew roadtax kereta.
Aku menyesal beli kereta walaupun aku beli axia je. Sebab aku boleh je pakai motor pergi kerja tapi mak aku dok hasut aku beli kereta. Itu pun dia suruh aku beli toyota vios. Aku cakap aku mampu beli axia je. Sebelum beli kereta kena ingat, akan ada belanja lain lagi iaitu minyak, servis dan insurans.
Aku dengan mak aku dah banyak kali dah g4duh sampai tak cakap 3 – 4 hari. Bukan aku je, kakak aku, bapak aku dan adik aku pun pernah g4duh besar dengan mak aku. Ni semua gara – gara mulut dia yang tak ade insurans tu. Beli insurans mahal – mahal tu boleh pulak.
Kakak aku dah kahwin, menyewa dengan laki dia lebih kurang 20km dari rumah aku. Adik aku pulak tengah belajar kat U. So, kat rumah aku sekarang bertiga je. Ada sekali tu bapak aku dah sampai satu tahap nak pukuI mak aku.
Lepas tu ada jugak bapak aku bersump4h tak nak makan masakan mak aku. Untuk pengetahuan korang, kat rumah ni bapak aku yang selalu masak. Ada sekali tu bapak aku penat buat OT lepas tu dia suruh la mak aku masak. Mak aku masak tapi mulut dia dok complaint itu complain ini, siap sindir – sindir lagi.
Tu yang bapak aku tak tahan sampai bersump4h macam tu sekali. Bayangkan bapak aku yang pendiam, mesra tetiba jadi macam tu. Aku kenal bapak aku macam mana. Kalau betullah dia pukuI mak aku, aku tak akan salahkan bapak aku.
Lantak lah orang nak kutuk bapak aku dayus ke ape, aku sanggup pert4hankan bapak aku. Sebab bagi aku, mak aku ni memang pandai mend3ra ps1koIogi orang. Entah la, aku rasa aku dah tawar hati. Aku jadi sensitif and cepat panas hati.
Aku rasa macam nak keluar dari rumah ni. Aku sump4h dah malas nak hadap kerenah mak aku. Kadang – kadang tu aku tertekan dan str3ss sampai aku tinggikan suara kat mak aku. Sebab nak baIas balik kata – kata dia yang meny4kitkan hati tu. Tolong aku please. Apa patut aku buat? Aku tak mampu. Aku tak kuat. – Anak Derh4ka (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Norshazila Shahidan : Saya cadangkan buat baik terus dekat mak ayah walaupun s4kit hati atau tawar hati. Dengan kebaikan tu mana tahu mak awak nak berubah dan Allah beri hidayah pada mak awak.
Bukan ape dik, rahim yang awak duduk 9 bulan 10 hari, susu yang awak minum, didikan dan asuhan mak ayah awak tak akan terbaIas walau dengan segunung emas. Lagi satu kita kan nak jumpa semula dengan mak ayah kita kat syurga nanti.
Jom la sama – sama ajak mak ayah buat baik dengan memberi tauladan yang baik. Berdoa dan bersabarlah. Ujian hidup untuk Allah lihat siapa yang paling baik amalnya.. Wallahualam..
Shafiika Maradzi : Dalam list tak ada pon duit belanja mak dan ayah. Kenapa xde? BagiIah sikit, keberkatan untuk confessor jugakkan sekurang – kurangnya mak rasa la jugak duit dari anak. Saya dulu start chambering elaun kecik je 1500+400-500 claim travel.
Tapi saya tetap bagi duit belanja ayah ibu RM100 sorang, bayar kereta saga RM460, PTPTN RM170, bibik rumah ibu ayah RM100, belum masuk duit minyak, makan, sewa bilik, ibu kirim barang dapur dan simpanan kahwin lagi masa tu.
Kalau ada lebih, saya boleh belanja ibu ayah makan tapi tak ada la mahal mana. Cumanya nak cakap, cuba la sediakan duit sikit untuk mak ayah walaupon diorang masih kerja. Supaya hati awak lebih tenang, lebih keberkatan, dan supaya mak ayah dapat rasa juga duit awak tu.
Masa bagi duit belanja, cakap dengan mak ayah awak tu, doakan gaji m4kin besar m4kin banyak boleh tolong mak ayah. Barulah sejuk sikit hati diorang. Insyaallah mungkin lepas tu lebih berbeza layanan mak awak tu.
Macam mana buruk pon per4ngai mak, dia tetap emak. Kalau tak suka cara mak bercakap, doa kat Allah.
Fydd Arsat : Memang ada mak jenis yang per4ngai derh4ka macam ni, ko sabar je lah, buat pek4k. Bila dia kutuk ko, ko selawat je lah kuat – kuat banyak kali untuk telinga ko dan telinga mak ko dengar. Jangan berhenti selagi mak ko tak berhenti bercakap.
Ko tegas je dengan pendirian hidup ko, tapi jangan berIawan cakap dengan mak, kang mak ko terasa hati dah tak berkat hidup. Hidup je senyap – senyap kat rumah mak ko tu, sambil tu sedekah fatihah banyak – banyak untuk mak ko setiap kali lepas solat.
Oh ya, jangan lupa jaga pemakanan, jaga kesihatan. G3muk sangat pun tak elok, bagi mak ko hilang satu point nak kutuk ko. Biar dia cari point baru pulak.