Sebuah kumpulan saintis di Universiti Yonsei, Korea Selatan telah berjaya mencipta beras berwarna merah jambu
Ada yang mengandungi campuran protein daging dan sel lemak, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Oddity Central.
Beras hibrid tersebut mengandungi lapan peratus lebih banyak protein dan tujuh peratus lebih banyak lemak berbanding beras biasa.
Ia menghasilkan campuran aroma kekacang dan kesedapan yang biasanya terdapat pada daging.
“Bayangkan kita mendapatkan semua nutrien yang diperlukan daripada beras protein.
“Beras biasa sudah mempunyai tahap nutrien yang tinggi, tetapi penambahan sel haiwan dapat meningkatkan lagi jumlah protein,” kata Park So-heyon, salah seorang pengarang bersama kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal saintifik, Matter.
Untuk membantu sel daging lembu melekat pada beras, penyelidik menyalutinya dengan gelatin ikan dan membiarkan ia dikultur di dalam piring petri selama 11 hari.
Namun, pada masa ini, peratusan protein dalam beras hibrid tersebut masih agak rendah. Penyelidik masih perlu meningkatkan kandungan protein dengan ketara.