“Suami suruh berhenti konon dia boleh tanggung, rupanya gaji RM1.8k je, terpaksa aku cari kerja balik”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Ramai sebenarnya yang memilih kerja, tak sampai dua hari, berhenti dan cari pekerjaan lain, konon gaji lebih.

Tapi kalau dah ada keluarga dan anak, jangan kekal dengan sikap lompat kerja, stabilkan kewangan untuk masa hadapan.

Seorang wanita kecewa akan sikap suami yang tidak habis berangan mahu kaya tapi tak pernah berusaha untuk kerja tetap.

“Suami suruh berhenti konon dia boleh tanggung, rupanya gaji RM1.8k je, terpaksa aku cari kerja balik”
Aku Teratai (bukan nama sebenar) berusia 30an. Sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak.

Semuanya tentang suami aku. Aku tak tahu suami aku ni memang pemalas atau aku yang memang tak reti bersyukur.

Tapi aku rasa suami aku ni jenis kuat sembang dan kuat berangan. Tapi habuk pun tak ada.

Contoh dia selalu berangan suatu hari nanti dia akan jadi orang kaya bakal miliki syarikat megah holding begitu begini.

Tapi perniagaan apa pun yang dia buat tak pernah ada hasil. Orang tua-tua kata hangat-hangat tahi ayam. Awal je semangat lepastu herm entah kemana.

Yang paling aku rasa aku ni bodoh sangat adalah aku selalu percaya kata-kata dia. Aku terlalu yakin, selalu sokong dia dan percaya suatu hari nanti dia akan berjaya.

Beberapa tahun lepas, aku dapat kerja kerajaan dan aku dapat kerja yang dekat dengan ibu bapa aku.

Maknanya aku terpaksa pjj dengan dia sebab dia kerja di selatan dan aku di utara. Akhirnya aku berjaya pujuk dia untuk cari kerja dekat dengan aku.

Tapi dia tetap tak cari kerja, aku siap bagi cadangan lagi tempat mana kosong, tapi suami memilih katanya gaji kecil, bagi aku sekurangnya bergaji biarlah sedikit pun.

Dia kata nak berniaga. Aku macam biasa tetap bagi sokongan. Akhirnya tak ada untung, hangus duit dia RM10k. Haha.

Setahun kemudian, dia kata nak balik semula ke selatan, dia dah tak sanggup nak hidup macam ni, malu konon makan harta isteri.

Jujur aku cakap, kewangan kami masa tu tak pernah kurang pun walaupun aku yang tanggung semuanya. Tapi dia berkeras nak kerja kat tempat lama semula katanya.

Puas aku fikir, mak aku pun tak izinkan, tapi ye lah tempat terbaik isteri tu kan di sisi suami. Demi dia, aku minta tukar kerja ke selatan. Rezeki aku, pertukaran aku diluluskan.

Maka, berpindahlah kami. Tapi, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Syarikat dia mula potong gaji pekerja (masa tu pkp), dia dapat gaji RM1300 sahaja.

Aku jadi makin tak ikhlas. Kalau gaji RM1300 kerja pasaraya kat utara pun boleh dapat lebih lagi. Aku jadi geram kerja ni yang dia nak sangat tu cuma dapat RM1300?

Bukan aku tak bersyukur tapi aku terkilan sangat. Aku korbankan macam2. Dia janji konon aku tak payah bayar apa2 dah alih2 duit aku jugak yang kena bayar itu ini.

Dan lagi sekali aku diuji, tempat kerja aku yang baru nie buat aku terlalu stress, lama aku tahan. Hari-hari balik kerja menangis, mental health pun tak berapa nak ok.

Suami aku suruh berhenti kerja. Aku risau kalau aku berhenti siapa nak bayar semua? Suami aku cakap tak apa dia boleh tanggung semua.

Masa ni gaji dia dah naik RM2.5k++. Dia yakinkan aku dia boleh tanggung aku dan anak, dia janji dia akan buat kerja lebih masa, partime nak bawa Grab.

Lepas aku berhenti kerja, rupanya dia dapat gaji RM1.8k je, gaji tu memang tak cukup nak bayar komitmen dan yang kata part time? tak ada maknanya dia buat.

Aku pula kena cari kerja baru dan bermula dari bawah, ni sebab aku percaya sangat kata suami ni, jadi aku nekad nak balik semula ke negeri kelahiran.

Baca juga:Ibu pendam sorang selama ini, ayah dah kahwin dengan perempuan tu, abang pun tak tahu ayah kahwin lain”