‘Saya takkan guna duit ini selagi tak jumpa pemiliknya’, Lelaki cari pemilik asal RM50

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang lelaki sedang mencari pemilik sekeping duit RM50 yang mempunyai satu nota ringkas.

Menurut perkongsian lelaki itu di Facebook, Tuah Lim, duit tersebut diterima semasa mengeluarkan wang

Di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang, Pahang.

'Saya takkan guna duit ini selagi tak jumpa pemiliknya', Lelaki cari pemilik asal RM50

Tuah Lim juga berkongsi gambar wang kertas itu yang mempunyai tulisan ‘Duit last ayah bagi, 11/5/2020 Al-Fatihah’.

“Mungkin ada pemilik asal yang ingin mendapatkan semula duit ini. Ia diperolehi dari mesin ATM,” katanya.

Daripada tinjauan di ruang komen, kebanyakan pengguna menyuarakan rasa sedih dan berharap agar pemilik wang tersebut dapat ditemui.

“Walaupun nilai wang itu besar, tetapi apabila melihat apa yang ditulis, nilainya lebih besar untuk individu tersebut,” kata Siko.

“Wang itu kelihatan cantik, mungkin empunya ingin menyimpannya tetapi terpaksa digunakan kerana kehidupan sekarang ini tidak mudah. Kami yang melihat dari luar pun berasa sedih, tidak tahu bagaimana perasaan empunya,” kata Norhayati.

“Jika mengikut tarikh itu, ia berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mungkin kerana PKP dia terpaksa menggunakan wang ini. Mungkin juga ayahnya pergi disebabkan Covid-19. Ini adalah ujian besar baginya,” kata Leen.

“Saya menggunakan wang ini untuk isi minyak. Saya mendapat wang ini dari seorang pak cik di Sungai Isap. Dia juga tidak tahu daripada mana duit itu datang, agak sukar untuk menemui pemilik asal. Semoga berjaya dalam menemui pemiliknya,” kongsikan Norashikin.

Sehingga kini, perkongsian itu telah dikongsi lebih daripada 6,000 kali dan menerima 4,300 tanda suka.

BACA: Patutlah Jokowi tidak bertanding kerusi Presiden buat kali ke-3, ini sistem pilihanraya Indonesia ramai baru tahu