Rupanya ‘poser’! Ejen hartanah dedah youtuber hanya sewa rumah banglo RM 10juta demi content

Oleh ISMAIL YAHYA

Pada zaman ini, kestabilan kewangan dan gaya hidup mewah pastinya menjadi impian ramai,

Terutamanya apabila tidak semua individu mampu memiliki aset pada usia muda, lebih-lebih lagi aset yang bernilai tinggi.

Contohnya, seorang YouTuber yang memaparkan keupayaannya membeli sebuah banglo bernilai RM10 juta pada usia yang sangat muda.

Rupanya 'poser'! Ejen hartanah dedah youtuber hanya sewa rumah banglo RM 10juta demi content

Dalam video tersebut, dekorasi rumah yang eksklusif menambahkan lagi kehebatan gaya hidup mewah yang dinikmati oleh YouTuber tersebut.

Walau bagaimanapun, seorang pelabur hartanah yang tertarik dengan perkongsian tersebut merasa terpanggil untuk menyiasat pemilik sebenar rumah tersebut untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Menerusi perkongsian di Facebook, pelabur hartanah yang dikenali sebagai Ishaq telah berkongsi hasil pencariannya mengenai rumah mewah tersebut, dan mendapati bahawa rumah itu sebenarnya disewa dan masih belum terjual.

“Bila abam buat carian hak milik rupanya dia menyewa saja bukan owner pun.”

Selain itu, Ishaq juga berhubung dengan ejen hartanah yang menjaga rumah tersebut, dan didedahkan bahawa pemilik rumah masih menjadi pembeli dan ingin menjualnya dengan harga RM9.8 juta yang masih boleh dirunding. Malah, rumah itu disewa dengan harga RM23,000.

“Abam cek dengan ejen tadi. Rumah masih tersedia. Unit ada penyewa. Bagaimana dia mendakwa dia sudah membelinya?”

Dalam catatannya, Ishaq juga meluahkan rasa kecewanya terhadap influencer dan YouTuber yang mempengaruhi golongan muda pada hari ini.

“Budak-budak sekarang, bila ditanya tentang cita-cita masa depan, ramai yang ingin menjadi influencer/youtuber yang kaya raya tanpa perlu mendapatkan kelayakan akademik yang tinggi.”

“Belajar tinggi-tinggi dikatakan sebagai pembaziran masa, ini disebabkan oleh pengaruh influencer yang memaparkan gaya hidup mewah dan kejayaan mereka.”

Ishaq juga mendedahkan bahawa dia sering mendengar cerita tentang belia yang terjerat dalam hutang selepas terikat dengan pinjaman untuk memenuhi kehendak mereka, bukan keperluan mereka.

“Ini sebabnya ramai anak muda kini bercita-cita menjadi influencer setelah tamat sekolah.

BACA: “Kata-kata mak yang melukakan hati aku tu terngiang-ngiang setiap masa tapi sekarang akulah yang ditakdirkan jaga mereka setiap hari”