Ini resipi daging dendeng ala mak mentua yang pernah viral dulu

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Bila dah semakin dekat dengan bulan Ramadan ni maka bermulah episod nak cari kepelbagaian resipi untuk juadah bersahur dan berbuka.

Senang cari sahaja di Google maka keluarlah segala resipi, tinggal beli bahan dan masak sahaja.

Satu ketika dahulu, resipi dendeng ni pernah tular sampai semua nak buat dan jual benda sama.

Ini resipi daging dendeng ala mak mentua yang pernah viral dulu

Bagi mereka yang jimatkan wang, boleh masak resipi ‘daging dendeng ibu mentuaku’ yang dikongsikan pengguna Facebook, Amelia Tamby Hussin.

Resipi daging dendeng ibu mentuaku
Bahan-bahan:

Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg

Bawang merah 3 biji (kisar)

Bawang putih 5 ulas (kisar)

Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)

Sos tomato

Bawang goreng

Kicap kipas udang manis

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara:

Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya.

Ambil periuk dan masukkan daging.

Letakkan kicap paras daging itu dan rebus selama 10 minit sebelum sejukkan.

Ambil daging itu dan tumbuk nipis-nipis pakai batu lesung. Ketepikan.

Kemudian ambil kuali masukkan minyak.

Goreng kan sekejap sahaja dan angkat sebelum letak semula di tepi.

Menggunakan minyak sama, tumis bawang merah dan bawang putih tadi.

Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi.

Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra.

Masukkan sos tomato, boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.

Garam secukup rasa.
Hidangkan ikut cita rasa anda.
Selamat mencuba!

Baca juga:Merajuk gaji tak naik-naik, pensyarah letak jawatan nekad jadi cleaner