Sebuah syarikat di China menjadi viral selepas menganjurkan permainan mengira wang sebagai sebahagian daripada usaha
Hanya untuk memberi bonus kepada pekerjanya, dilaporkan oleh portal berita South China Morning Post.
Acara tersebut diadakan oleh syarikat Kren Kuangshan di wilayah Henan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Februari yang lalu.
Dalam acara itu, pekerja diberi peluang untuk mengira seberapa banyak wang yang mereka mampu di atas meja. Timbunan wang kertas 100 yuan (RM66) diletakkan di atas meja yang panjangnya mencapai 50 meter.
Pekerja dibenarkan mengira wang tersebut dalam jangka masa tertentu, iaitu 1, 3, 5, 10, dan 15 minit. Jangka masa tersebut ditetapkan secara rawak.
Namun demikian, jumlah 1,000 yuan (RM665) akan dipotong daripada jumlah yang diperoleh bagi setiap kesalahan pengiraan wang.
Sebanyak 5,000 pekerja diberi kebenaran untuk menyertai acara tersebut, dengan salah seorang daripada mereka berjaya membawa pulang wang sebanyak 97,800 yuan (RM65,120).