Cara pilih ketam isi penuh dan banyak telur

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Ketam merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Pelbagai masakan enak boleh dibuat menggunakan ketam.

Tapi paling spoil mood bila isi ketam sedikit, beli punyalah mahal. Memang tak puas makan la jawabnya. Nak tahu tips pilih ketam?

Ada tips untuk pilih ketam sebelum membeli yang ramai tak tahu. Barulah puas bila makan bila isi penuh.

Cara pilih ketam isi penuh dan banyak telur

Seorang pengguna Facebook, Siti Aminah ada berkongsikan tips untuk memilih ketam yang mempunyai isi penuh dan banyak telur. Ikuti perkongsiannya di bawah.

1. Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecik takpe yang penting berat.

tips pilih ketam

2. Kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina bentuk 3 seginya besar, ketam jantan 3 seginya kecil.

 

3. Lihat pada tempat bertanda, pastikan tempat itu berwarna kuning ke arah warna oren.

Nampak tak telur ketam tu, memang tak mengecewakan.

Setelah dicuci dan dibersihkan, ini hasilnya. Isi padu dan telur memang banyak.

Ini hasilnya, keempat-empat ketam saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna, boleh la cuba nanti.

Kredit: Siti Amina Yousoff

BACA: “Satu hari aku balik kerja, isteri tak masak sebab urus anak dan kerja, aku koyak dokumen kerja dia sebab geram dia tak sedia makanan”