Mudah saja sebenarnya nak buat jeli kelapa muda. Makanan sihat dan menyegarkan ini semestinya amat sesuai disediakan pada musim panas ini.
Kalau menggunakan kelapa pandan lebih wangi lagi. Larutan air kelapa agar-agar
Yang mulanya cair menjadi enak dimakan selepas dikeluarkan dari peti ais.
Ini resipi cara Salmah Hassan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan dan cara-caranya:
1. Sebungkus agar-agar (30 g)
– setelah direndam, gunting, tos dan sukat guna mangkuk.
2. Satu mangkuk agar-agar gandakan 4 mangkuk air kelapa dan 2 mangkuk air biasa atau 6 mangkuk air kelapa sahaja lagi bagus.
3. Jerang agar-agar dan air, masukkan daun pandan biar wangi hingga mendidih.
Apabila agar-agar hancur, masukkan gula secukup rasa.
4. Tuang dalam bekas dan masukkan isi kelapa muda yang telah dihiris.