Ramai yang beranggapan bahawa untuk menanam pokok cili, hanya perlu menggunakan biji benih.
Namun, sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah.Menanam dari keratan pucuk juga merupakan pilihan yang baik.
Kelebihan menanam melalui cara ini ialah pokok akan berbuah lebih cepat kerana rantingnya sudah matang.
Cara untuk melakukannya adalah seperti berikut;
1. Cari bahagian pucuk pokok cili yang sedikit keras.
2. Kemudian potong bahagian atas bersama setengah bahagian daunnya. Anda boleh cucuk potongan ini ke dalam bekas tanam.
3. Jika ada hormon akar, rendam terlebih dahulu sebelum tanam. Atau, anda juga boleh menggoles bawang merah yang dipotong ke bahagian potongan untuk merangsang pertumbuhan akar.
4. Selepas menanam potongan atas, letakkan di tempat yang teduh sehingga akar dan bahagian baru tumbuh bersama buah.
5. Jangan lupa untuk menyiram setiap hari atau setiap 2 hingga 3 hari sekali.
6. Apabila pokok telah kukuh dan stabil, anda boleh memindahkannya ke dalam bekas yang lebih besar.
Selamat mencuba.
Baca :Isteri kantoi ada lelaki lain, suami menyesal derma buah pinggang, minta isteri pulangkan semula