Sebiji lemon berusia 285 tahun telah dijual dengan harga RM8,397.15.
Lemon yang unik itu ditemui di belakang laci kabinet lama di London.
Brettells Auctioneers di Shropshire mengatakan kabinet abad ke-19 itu dibawa ke pusat lelong untuk dijual.
Pemiliknya, sebuah keluarga, menjelaskan bahawa kabinet itu milik bapa saudara mereka yang sudah meninggal dunia.
“Lemon itu ditemui di belakang laci ketika seorang pakar sedang mengambil gambar kabinet untuk dijual.
“Buah itu disertakan dengan mesej: “Diberikan Encik P Lu Franchini 4 November 1739 kepada Cik E Baxter”,” kata Brettells Auctioneers.
Pusat lelong itu memutuskan untuk mencuba menjual lemon tersebut.
Mereka terkejut apabila lemon itu mendapat bidaan tertinggi AS$1,780 sedangkan kabinet itu hanya berjaya dijual dengan harga AS$40 (RM188.70).