“Duit gaji aku tiap bulan dah habis, rm50 sekeping ni pun suami nak! Esoknya, suami tergesa-gesa ajak aku pergi pejabat agama”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Aku terlalu sayang kan suami aku, sampai semua kemahuannya aku penuhi. Aku terjebak dalam semua hutang – hutang ni atas permintaan suami

Dan persetujuan aku sendiri. Bila mengenangkan masjid yang dibina terumbang ambing.

Aku sebagai guru malu dengan anak anak murid aku, aku selalu berpesan untuk sayangi keluarga tak kira mak ayah sampai la pasangan bila dah berkahwin nanti.

"Duit gaji aku tiap bulan dah habis, rm50 sekeping ni pun suami nak! Esoknya, suami tergesa-gesa ajak aku pergi pejabat agama"

– Kereta Honda City RM 890 – Motor Rm 289 – 3 Kad Kredit (Maybank, HSBC dan Cimb) – Personal Loan RM30K BSN (Business kata nya) – Personal Loan RM90K MBSB (Renovate Rumah) – 3 Koperasi Personal Loan Total RM150K

Semua pinjaman di buat atas nama aku sebab aku bekerja sektor awam dan suami pula kerja swasta. Lebih mudah untuk lulus jika slip gaji aku yang menjadi sand4ran semua bank. Dia berjanji untuk bantu bayar loan ni sama sama tapi bila dah lulus semuanya aku yang kene tanggung sendiri.

Kata nya dia akan sediakan nafkah yang utama macam makan, minum dan tempat tinggal. Tanpa aku sedar ni adalah jerat hutang yang bakal aku pikul sampai aku m4ti. Semua hutang ni buatkan slip gaji aku sangat teruk. Tak salah aku bawah 20% je slip gaji aku tinggal.

Bila jadi macam ni aku selalu kene panggil dengan pengetua dan kaunseling. Dia orang semua ada nasihat kan aku ke AKPK untuk dapatkan bantuan.

Pada awal aku ke AKPK dapatkan bantuan memang aku dapatkan pengurangan bulanan sebelum ni aku bayar bulanan dalam RM4K bila masuk AKPK jadi la dalam RM2.6K sahaja bulanan aku.

Tapi AKPK dah bagitahu tahun ke 3 dalam AKPK bulanan aku akan meningkat semula jadi RM3.2K sebulan. Hmmm.. Macam tak selesai juga masalah aku. Masalah hutang ni buatkan hubungan aku dan suami m4kin jauh.

Siang aku bekerja di sekolah. Balik kerja uruskan rumah, masak dan membasuh. Aku tetap sediakan makan minum untuk suami aku. Malam aku mengajar kelas tambahan untuk dapatkan duit lebih. Nak berniaga memang tak pandai.

Aku bercerita ni bukan sebab nak burukkan suami aku dan juga men4gih simpati. Tapi ini adalah pengajaran kepada semua kaum wanita lagi lagi yang bekerja dalam sektor gomen ni. Setiap malam aku susah nak tidur, risau dengan gangguan dari collector bank.

Surat tagihan bank bertalu – talu sampai ke rumah. Belum habis dengan tu, risau akan hubungan aku dan suami yang sem4kin jauh. Kami hanya bercakap untuk makan dan minum je. Selebihnya buat hal sendiri. Sebab kalau bercakap akan jadi per4ng dunia.

Macam – macam masalah dalam hidup aku sekarang. Rasa nak cabut kepala otak aku ni sekejap supaya aku elak untuk berfikir masalah ni semua. Sedih, geram, siksa, kecewa semuanya ada dalam kepala aku ni. Keadaan sem4kin teruk bila mertua aku suka minta duit dari suami aku.

Betul anak dia anak sulung, lelaki pula tu. Tak salah pun nak minta even kalau suami aku nak bagi pun tak salah. Masalah dia bila tak dapat, dia suruh minta duit dengan aku. Aku tak bagi cakap aku menantu tak guna. Kerja saja gomen.

Ya Allah boleh tolong tak buang stigma yang kerja gomen ni kaya. Kami ni sama je kais pagi makan pagi ha.. Ni bukan zaman 80 an dulu. Dah la aku pening nak bayar hutang – hutang ni. Sampai 1 malam ni, aku berg4duh besar dengan suami sebab dia nak juga bagi duit dekat mak dia.

Tapi nak ambil duit aku RM50 yang tinggal sekeping ni je. Tengah bulan pula tu dan itu duit terakhir aku untuk sampai ke waktu gaji aku. Aku nak makan apa, isi minyak macam mana semua aku tak tahu. Duit yang terakhir dekat tangan aku pun nak diambil.

Katanya mak urgent nak pakai duit. Sumpah sedih weh aku malam tu. Pagi tu aku pergi kerja tumpang kawan aku, hati aku h4ncur macam serpihan kaca mengenangkan perkara semalam. Nak mengajar semua tak boleh. Tapi apa kan daya kene kuat depan anak murid.

Tengah hari suami aku call cakap ada em3rgency. Aku dah tak sedap hati. Bergegas la aku minta dengan pengetua untuk balik sedikit awal. Nasib kelas dah habis. Suami aku sampai jemput aku dekat sekolah. Dalam kereta dua – dua tak bercakap.

Apa yang penting pun aku tak tahu. Aku ikut kan sahaja dia. Sampai – sampai aku tengok ni pejabat agama. Sumpah aku rasa suami aku nak ceraikan aku dan semua hutang ni aku kene tanggung sendiri. Bila masuk dalam pejabat agama tu, suami aku cari seorang ustaz ni.

Dan aku dibawa ke bilik ustaz ni. Kami disambut baik je. Aku masih tak faham untuk apa aku ke sini. Bila dah bercakap dengan ustaz tu baru aku tahu ni adalah sesi kaunseling rumah tangga. Dalam bilik tu macam – macam suami aku cerita soal masalah kami dan ustaz juga ada minta pandangan aku soal ni.

Menangis aku dekat dalam bilik tu, mungkin sebab naluri wanita yang dah lama bertahan semua aku luahkan dari soal tanggungjawab dan kewangan aku yang memeningkan hidup aku ni. Sedang aku bercerita tiba – tiba ustaz tu bertanya soal kerjaya aku dan suami, dan bila dia tahu aku kerja dalam sektor kerajaan dia tersenyum sahaja.

Dia kata masalah kami ni masalah kewangan sahaja. Jadi jangan risau masalah ni boleh diselesaikan Inn sya Allah, selesai masalah kewangan semua keadaan akan baik. Dia bagi 1 kad dan minta aku wasap no di kad tu. Katanya cuba buat semakan dengan consultant ni.

Consultant ni dah bantu selamatkan banyak rumah tangga yang ada masalah kewangan. Tapi sayang dia boleh bantu untuk yang bekerja kerajaan sahaja, kalau lah semua dia boleh bantu kan lebih elok kata ustaz tu. Tambah ustaz tu, kene faham ni semakan sahaja belum tentu boleh layak.

Dipendekkan cerita aku memang ikut nasihat ustaz tu, aku wasap no tu dan dia minta salinan ic dan slip gaji aku untuk semak hutang aku semua. Lepas beberapa hari dia call aku dan Alhamdulillah aku memang ada kelayakkan.

Dia aturkan cara nak selesaikan masalah ni. Dan clearkan nama aku dari blacklist dan juga AKPK. Yang best tu aku dapat duit lebihan untuk selesaikan hutang – hutang dengan kawan – kawan aku. Lebih kurang dalam seminggu lebih macam tu.

Dia datang jumpa aku untuk sign agreement. Masa ni banyak juga soalan aku tanya. Alhamdulillah semua penerangan jelas dan memang dipercayai. Betul kata ustaz tu, selesai sahaja masalah kewangan aku. Keadaan aku dan suami sem4kin baik.

Maybe ustaz tu ada nasihatkan juga suami aku soal kewangan ni. Sebab lepas dari kes ni. Suami aku banyak bantu aku dari segi kewangan dan juga soal kerja rumah. Nafkah aku dari yang dulu susah nak dapat sekarang selalu ada.

Aku bersyukur sangat dapat selesaikan masalah ni. Hubungan kami baik sampai dikurniakan cahaya mata setelah beberapa tahun menanti. Alhamdulillah Ya Allah.. Tak sangka selama ni suami aku juga berusaha tapi aku yang tak nampak.

Sampai la dia bawa aku untuk kaunseling ni. Mungkin hati aku penuh dengan hasad dengki dan busuk hati. Sampai selama ni aku rasa aku je lebih baik dari suami aku. Jadi minta korang faham aku bukan nak maIukan suami aku.

Bahkan aku dah pun minta kebenaran dia untuk buat posting ni. Suami aku cakap post la mungkin ini boleh jadi pengajaran juga kepada lelaki dekat luar sana yang lupa akan tanggungjawab dia

dan kita boleh bantu selamatkan banyak rumah tangga yang ada masalah macam kita dulu. Aku harap korang doa kan aku dan suami kekal bahagia. Semoga membantu..

BACA: “Malam je confirm hilang, pergi lepak, main futsal, aku ni tertonggeng terbalik jaga anak ni, mata rabak pun tahan je, aku ni hamba abdi ke?”