“Aku bodoh ikut cakap suami buat loan 40k bayar hutang dia, lepas 5 tahun kahwin, mak akui menyesal paksa aku kahwin dengan calon pilihan dia”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Assalamualaikum pembaca semua. Aku juga pembaca di sini. Hari ini aku ingin menulis kisah aku.

Pertama aku bukan nak bukak aib suami, tapi aku mahu berkongsi pada pembaca yang belum berkahwin

Dan sedang mencari jodoh penting nya taaruf sebelum nikah, jangan asal boleh dan tangkap muat saja.

"Aku bodoh ikut cakap suami buat loan 40k bayar hutang dia, lepas 5 tahun kahwin, mak akui menyesal paksa aku kahwin dengan calon pilihan dia"

Aku nama kan diri aku Awan, bukan nama sebenar. Berumur lewat 40-an. Bekerja. Aku berkahwin sudah 5 tahun.

Belum ade anak. Aku kahwin dijodohkan keluarga. Disebabkan waktu itu umur aku pun dah banyak. Aku terima saja lamaran itu tanpa berfikir panjang tanpa mahu taaruf dulu.

Kerana aku tidak mahu mak aku sedih dan marah kalau aku tak terima. Tak sampai dua bulan hanya kenal – kenal dalam wasap dengan suami ketika itu. Kami pun bersetuju untuk di satu kan.

Penting nya taaruf yang aku maksudkan itu ialah sesi suai kenal pasangan itu. Tentang kerjanya. Tentang agamanya. Tentang keluarganya. Hartanya, gaji nya.

Tapi aku tak tanyakan pada suami semua itu. Cukup pada aku dia bekerja dan tahu solat. Tapi aku silap. Sebenarnya masa bertunang pun sudah ada red flag yang Allah tunjuk. Tapi aku buat – buat tidak nampak. Aku anggap dugaan bertunang.

Kurang sebulan nak kenduri suami bagi tahu dia tak dapat bagi duit hantaran yang keluarga dia janjikan. Dia memang tak ada duit. Aku bagi tahu mak. Mak marah tapi tetap nak teruskan jugak majlis. Suami aku hanya keluarkan duit mas kahwin sahaja ikut harga negeri selangor segala kos untuk pengantin aku guna duit aku.

Lepas kahwin aku baru tahu suami tiada harta apa – apa walaupun motor. Kereta yang dia pakai tu rupanya kereta kawan serumah bujangnya bagi pinjam. Lepas kahwin kawannya minta semula kereta tu. Macam mana suami nak pegi kerja.

Jarak dari rumah aku ke tempat kerjanya jauh. Aku tak pernah ada kereta. Lesen memandu pon tak ada. Untuk makluman pembaca aku sudah ada rumah sendiri yang dah habis bayar sebelum aku kahwin. Maka kami bersetuju untuk tinggal di rumah aku selepas kahwin.

Maka bergolok bergadailah aku membantu suami untuk beli kereta baru. Masa urusan nak beli kereta baru tu, baru lah aku tahu nama suami sudah di senarai hitam oleh bank. Suami ada banyak hutang yang dia tak bayar. Gaji aku hanya layak untuk beli kereta terpakai.

Alhamdulillah janji ada kereta. Itu puan suami aku berlagak nak beli kereta luar negara tapi gaji aku tak lepas. Tak habis tentang kisah blacklist itu saje. Rupanya suami aku terlalu banyak hutang yang dia buat masa bujang termasuk hutang lintah d4rat. Aku jadi takut sangat.

Suami aku memang tak boleh bayar semua hutang – hutang dia itu. Bila aku tanya kenapa dia buat hutang – hutang ni. Dia cakap ada yang dia jadi penjamin kawan. Kawan lari. Ada yang dia tak kerja dan tak ada duit maka dia buat pinjaman.

Allahuakhbar. Masa tu aku dah sayangkan suami. Aku berhempas pulas kerja untuk bantu suami. Sampai suami berjaya pujuk aku untuk buat personal loan dengan bank yang bernilai 40k untuk selesaikan hutang – hutang itu.

Awalnya dia janji dia akan bayar loan bank itu walaupun atas nama aku. Tapi janji tinggal janji. Bila hujung bulan hari gaji aku minta duit loan tu dia tak boleh nak bayar. Gaji dah habis bayar hutang yang lain. Kami sering berg4duh tentang perkara ini.

Duit kereta aku p4ksa dia bayar sebab dia yang guna kereta tu sepenuh ya. Nafkah aku jangan di tanya lah. Memang dia tak pernah bagi. Bila aku minta alasan dia tak ada duit. Bil telefon dia pun aku yang bayar. Segala belanja rumah aku yang tanggung.

Mungkin fikiran dia rumah itu rumah aku jadi aku lah yang bertanggungjawab. Aku minta dia belikan aiskrim drive thru mcd yang RM1.05 tu pun dia tak ada duit. Dahsyat kan. Bila keluar makan bersama dia pandai pilih tempat yang sedap – sedap.

Agak mahal tapi aku yang bayar. Senang cakap dia sentiasa tak ada duit. Nak isi minyak kereta. Nak bayar tol pun tak ada duit. Aku lah yang tanggung semua. Nak balik kampung dia segala perbelanjaan memang aku yang tanggung. Familiy aku duduk di area kl je.

Mula – mula aku seronok nak balik kampung sebab aku tak ada kampung. Seronok nak raya kat kampung… tapi dah masuk tahun ke 5 kahwin ni aku dah tak rasa seronok. Sebab suami seronok letak segala beban atas aku.

Kami belum dikurniakan rezeki anak sebab aku ada masalah kesihatan. Ini pun sebab suami aku tak hiraukan aku sangat. Sudah lah nafkah zahir dia culas. Nafkah batin pun begitu. Suami aku seorang yang tak boleh dibawa berbincang untuk perkara – perkara sebegini.

Dia cepat naik angin dan bahasa pun kasar dengan aku. Solat pun banyak tinggal. Bila aku tegur dia melenting. Dia selalu nak suruh aku jadi isteri yang terbaik di depan mata keluarga dia. Tapi dia tak cuba nak jadi suami yang baik pada aku.

Kerja dia yang selalu ke luar negeri jauh – jauh ke utara selatan buat kan hubungan kami m4kin dingin sekarang. Dia jarang – jarang pulang. Dalam seminggu pun sehari je dia pulang.

Sekarang sebulan pun jarang pulang. Aku lebih senang dia tak pulang dari dia ada asyik dengan masaalah duit. Hutang – hutang.

Aku dah cukup terbeban dengan nak bayar hutang – hutang dia yang gunakan nama aku. Aku sendiri dah tak ada apa – apa hutang selepas habis bayar loan rumah. Aku ni ada suami tapi seperti tiada.

Semua urusan rumah tangga aku buat sendiri. Beli barang dapur. Pergi rawatan kIinik atau hospitaI aku buat sendiri. Pergi kerja memang dari bujang aku naik bas pekerja.

M4kin hari aku m4kin rasa tawar hati pada suami. Sebab dia selalu abaikan aku. Dan selalu cakap aku tak paham dia yang ada banyak masalah hutang sampai kena kejar dangan debt collector. Apa lagi yang aku tak tolong dia. Tapi dia tak pandang itu semua.

Keluarga dia pun suam – suam kuku je terima aku sebab tak ada anak. Aku tak kisah semua tu. Kau jauh kan aku. Aku lagi boleh bawak diri jauh – jauh dari korang semua. Bila aku kongsi kan pada dia ceramah ustaz – ustaz tentang tanggung jawab suami lagi lah dia meng4muk dengan aku sampai keluarkan kata – kata yang tak elok pada aku.

Sekarang aku rasa aku dah tak mahu jadi isteri dia lagi. Aku nak berpisah. Aku nak hidup tenang – tenang saja di umur yang dah 40an ni dengan s4kit aku lagi. Aku tak mahu tambah d0sa bencikan suami. Tawar hati pada suami.

Aku terp4ksa ceritakan pada family aku tentang ini. Mak ada lah orang yang paling sedih. Mak tak halang kalau aku nak berpisah dan mak menyesal p4ksa aku terima lamaran itu dulu. Aku bertahajud kepada Allah. Mohon petunjuk untuk arah rumah tangga aku.

Hati aku rasa lebih tenang sekarang. Aku redha segala ketentuan Allah pada aku. Walaupun aku berpisah dengan suami hutang – hutang dia yang atas nama aku tu memang aku yang kena bayar. Aku terp4ksa tempuh sebab itu kesilapan yang aku buat.

Aku mohon korang doakan kesihatan aku. Supaya aku bole terus bekerja. Untuk selesaikan hutang – hutang itu. Baru – baru ni suami ada pujuk aku untuk buat loan lagi tapi aku tak mahu. Aku keras kan hati tak mahu. Aku ada buat takaful hibah atas nama suami tapi dia tak tahu.

Aku buat sebab andai dia meninggaI dulu ada duit untuk bayar hutang – hutang dia. Hibah kan tak boleh keluarga dia tuntut. Dalam aku kesedihan Allah bukak kan jalan untuk aku ketanah suci… di sana nanti aku akan berdoa sungguh – sungguh untuk kesudahan rumah tangga aku ini. Doakan aku… – Awan yang terpilu (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Noor Aisyah Afham : Berpisah je. Takyah s4kit kepala. Harap takde lagi luahan perempuan share duit dengan suami. Especially buat loan.

Kalau suami tak mampu nk sediakan basic life. Makan minum, rumah, takaful – optional, dan kereta, fikir la dalam – dalam nak teruskan hidup bersama. Baik single jela. Jangan jadi cerdik buku je.. Tapi tak apply dalam hidup.

Yuyue Mashu New : Nak bersusah senang dengan suami pun, kena tengok jugak suami tu jenis lelaki yang macam mana. Kalau macam ni awal – awal pun dah kant0i sejenis begitu,

jangan la berani – berani buat loan untuk dia walaupun sayang bagai nak m4ti. Hmm.. Bila dah berpisah, si isteri jugak kena tanggung bayar loan tu.

BACA:  Masakan mewah pelajar lelaki di rumah sewa raih perhatian, siap pandai buat kuih koci