“Patutlah takde yang hormat mertua, sampai ada yang setahun pun tak bertegur mertua, rupanya ini perangai mak mertua sebenarnya!”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Nama saya Zizi (bukan nama sebenar). Saya baru kahwin dalam 2 tahun lebih tapi masih belum dikurniakan zuriat.

Sekarang ni saya dan suami tinggal sebumbung bersama keluarga mertua, ipar duai dan rumah berdekatan dengan pakcik makcik suami (rumah kampung).

Kali pertama saya melangkah masuk ke rumah mertua, agak janggal sebab saya melihat tiada yang hormat mertua seperti ibu kandung sendiri,

"Patutlah takde yang hormat mertua, sampai ada yang setahun pun tak bertegur mertua, rupanya ini perangai mak mertua sebenarnya!"

malah ada anak – anak yang panggil ibu mertua saya dengan panggiIan nama je.

Ada juga yang sudah 1 tahun tak bertegur dengan mertua. Pada mulanya saya kesian pada ibu mertua saya, jadi saya bagi lebih perhatian pada ibu mertua saya. Masuk 1 tahun perkahwinan saya mula tahu per4ngai ibu mertua saya.

Saya dan suami belum dikurniakan zuriat. Pada suatu hari tu ada majlis perkahwinan sepupu suami, tengah ramai – ramai sedang berbual selepas habis majlis, ibu mertua tanya saya depan semua saud4ra mara yang hadir.

“Zizi bila nak ada anak?? Macam mana lah rupa anak Zizi nanti.” Saya terkedu. Selama dia dengan saya serumah takde sekali pun dia tanya berkenaan zuriat. Tiba – tiba depan orang ramai dia tanya. Saya malu dan balik rumah cerita pada suami.

Suami cuma cakap, “sabar aje”. Untuk makluman suami pernah bercinta dengan sepupu punya isteri punya kakak tapi putus sekerat jalan dan dulu mertua sangat rapat dengan bekas kekasih suami.

Pada hari raya tahun lepas, waktu beraya di rumah saud4ra berdekatan, sedang berbual – bual ibu mertua tanya depan adik bekas kekasih suami, “Zizi belum lagi ada anak, tak tahu lah bila nak mengandung.”

Mata saya dah mula bergelinangan. Saya hanya senyum dan makan je. Kebetulan ada anak bekas kekasih suami, ibu mertua dukung peIuk dan cakap, “cucu nenek, rindu nenek kat cucu nenek ni.” Saya rasa sangat sedih dan saya minta balik.

Saya masuk bilik suami pujuk. Suami saya marah pada mak mertua burukkan saya, mak mertua saya jawab, “yeke? Mak ade ke cakap pasal Zizi tadi, mak tak pernah buruk menantu mak kat orang,” hebat lakonan mak mertua puaaka menjaja cerita anak menantu.

Hampir masuk 1 tahun lebih saya di rumah mertua, sarapan baju, baju mertua semua saya siapkan. Tapi m4kin diberi muka ibu mertua buat saya seperti kuIi. Bila pergi ke pasaraya dia hanya arah – arah saya untuk ambil barang keperluan sedangkan saya pun banyak barang nak dibeli.

Saya geram dan terp4ksa tinggikan suara, “mak angkatlah, Zizi pon ada barang nak kena beli”. Masuk tahun ke 2, saya perasan mak mertua asyik post gambar seorang lelaki. Suami suruh saya buat whatsapp web dan login fb mak mertua saya, baru – baru ini dia suruh saya transfer 2k ke dalam 1 akaun bank.

Saya rasa curiga dan saya pun bagitahu suami. Rupanya dia bagi kat lelaki tu duit. Dan lama kelamaan saya tengok wasap ibu mertua sering bercakap l*c*h bersama lelaki tersebut. Saya bagitahu suami, suami pun dah tegur.

Alasan ibu mertua saya, “dia kurang kasih sayang lelaki katanya”. Saya hanya berdiamm. Selang beberapa bulan, dia ikut lelaki tersebut ke kenduri kahwin, dia keluar sewaktu suami tiada di rumah dan pada waktu malam. Dia tak tahu yang saya buat whatsapp web.

Keesokan saya tengok dia berjoget dan berpeIukan sakan dalam 1 video yang dipost oleh lelaki tersebut di fb. Mak mertua balik seperti kelelahan kepenatan macam tolong orang rewang. Di dalam wasap dan fb bukan main sihat bercerita tidak senonoh.

Bila depan saya dan suami macam dah naazak dan pitam. Sedangkan kami tahu di belakang apa yang dia buat. Saya cuba hormat seperti mak kandung saya sendiri tapi mulut dan per4ngainya membuat saya menyampah dengan mak mertua.

Minggu ini dia demam dan tak nak mandi, seharian dia duduk keseorangan di bilik. Bila saya tengok whatsapp web dia minta lelaki tersebut tidak berpakaian dan sebagainya. Depan saya seperti naazak nak m4ti esok.

Apa yang saya nak kena buat dengan mertua macam ni??? Saya cuba jadi yang terbaik tapi lakonannya buat saya benci menyampah. – Zizi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norkiah Mohd Tahrin : Sebenarnye, lantak la mak mertua awak tu nak per4ngai macam mana pun. Awak tu yang kene keluar dari rumah cari rumah sendiri. Kan dah kata dekat busuk, jauh wangi.

Bila dah duduk sekali tu buruk je semuanya baik awak baik mak mertua. Daan ipar – ipar awak buat mak mertua awak tu kurang ajar pun biarkan tak payah kesian – kesian sebab memang dia dah terima dan sayang anak dia seadanya.

Noor Izrain : Peringatan buat isteri yang belum ada zuriat walaupun dah kahwin lama. Mula adakan border line demi mengelakkan hati dan perasaan kita terIuka. Maksudnya, jangan ambil tahu pasal orang lain dalam rumah tu.

Kalau masih tinggal serumah dengan mentua atau ipar duai kerana bila silap sikit, mereka akan menggunakn ‘kekurangan’ kita untuk baIas balik. Sedangkan takde kena mengena pun. Dalam kes awak ni, masalah kegatalan mak mentua tu bukan masalah awak.

Jadi buat tak tahu je.. Isteri atau menantu yang belum ada zuriat, bukan semua mentua boleh terima dan dalam hatinya tetap ada rasa ralat walau baik macamana sekali pun. Mereka lupa, rezeki anak adalah dariNya, bukan boleh beli kat kedai.

Tak payah nak ambil hati dia over sangat sebab persepsi dia tak akan berubah. Jangan join berkumpul jika ada mak mentua bersama kerana ini dapat mengelakkan pertanyaan orang mgenai kita.

Memang betul mereka akan membawang, tapi yang penting, benda tu tak sampai ke telinga kita dan ambil sikap ,‘lantaklah korg nak cakap apa’.

Em0si dan mentaI kena kuat dan yang penting kita selamatkn hati dan perasaan kita kerana tiada orang yang akan faham apa kita rasa. All the best, awak masih baru berumahtangga dan mungkin belum ada rezeki.

BACA: “Malam je confirm hilang, pergi lepak, main futsal, aku ni tertonggeng terbalik jaga anak ni, mata rabak pun tahan je, aku ni hamba abdi ke?”