Ustazah Asma Harun terlupa amalan tarik rezeki? Jadi punca Restoran terpaksa ditutup

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpaksa menutup operasi kedai makannya yang terletak di Seremban apabila tidak mampu menanggung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan.

Melalui siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Ustazah Asma’ menyatakan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk menampung kerugian

Termasuk membuat pinjaman, menjual aset-aset, serta menggadaikan barang kemas.

Ustazah Asma Harun terlupa amalan tarik rezeki? Jadi punca Restoran terpaksa ditutup

Beliau menjelaskan bahawa walaupun kedainya baru beroperasi kurang dari tiga bulan dan terletak di lokasi strategik, peningkatan kos bahan mentah menyebabkan beliau membuat keputusan tersebut.

“Setiap bulan kami mengalami kerugian sebanyak RM30,000. Contohnya, selepas sebulan beroperasi, akauntan memberitahu bahawa hanya ada RM2,000 dalam akaun. Saya bertanya kembali, ‘Berapa banyak gaji pekerja yang perlu dibayar?’

“Akauntan menjelaskan bahawa gaji pekerja hampir RM30,000. Kos sewa juga perlu dibayar. Kami melakukan apa yang kami boleh, kami membuat pinjaman. Kami mengeluarkan simpanan yang ada, menjual aset yang dimiliki, dan melakukan apa saja yang perlu.

“Kami menjual barang kemas, mengeluarkan simpanan. Setakat bulan ini, kami sudah tidak memiliki apa-apa lagi untuk menampung perniagaan. Bulan ini adalah bulan terakhir kerana kami melihat jumlah jualan masih sama,” katanya.

Ustazah Asma’ menambah bahawa beliau tidak mahu menaikkan harga makanan walaupun kos bahan mentah dan operasi semakin meningkat kerana tidak mahu membebankan pelanggan.

“Kami tidak mampu menaikkan harga walaupun kos operasi untuk restoran, terutama makanan laut, sangat tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang, semuanya mahal,” katanya.

Akibatnya, Ustazah Asma’ kini mencari individu yang bersedia membeli perniagaan dan kedainya untuk memastikan tempat tersebut dijaga dengan baik.

Beliau mengatakan bahawa salah satu faktor mengapa beliau tidak dapat memberi tumpuan kepada perniagaan restorannya adalah jadual dakwah yang sangat padat.

“Saya sangat sayangkan tempat ini, saya sendiri yang membeli semua hiasan. Jadi mana-mana individu yang berminat untuk membeli perniagaan, bolehlah hubungi saya. Tempat ini sangat strategik.

“Mungkin masalahnya adalah kurangnya masa saya kerana banyak urusan dakwah dan tanggungjawab yang saya miliki, saya tidak mampu memberikan tumpuan kepada kedai makan ini.

“Mengundur bukanlah bermakna kita kalah. Kita bukan menyerah, tetapi terpaksa berhenti seketika, bernafas agar kita dapat berlari lagi,” katanya.

BACA: ‘Rasa dia macam..’ Lelaki kongsi pengalaman terkunyah lipas ketika minum air dalam kereta