Cara perapan ayam bakar lada hitam sesuai untuk ibu berpantang

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Buat ibu yang sedang melalui tempoh berpantang, pasti anda tidak asing lagi dengan menu yang menggunakan kaedah bakar contohnya ayam bakar.

Tetapi, ini bukanlah ayam bakar biasa seperti di restoran nasi campur kerana resipi ini sesuai untuk ibu berpantang

yang telah diperap dengan bahan ‘pemanas badan’. Jom kita lihat cara perap ayam bakar ini.

Cara perapan ayam bakar lada hitam sesuai untuk ibu berpantang

Berikut merupakan perkongsian Khairul Hakimin Muhammad resepi ayam bakar lada hitam yang sangat mudah untuk disediakan. Ia bukan sahaja berkhasiat malah rasanya juga sedap!

cara perap ayam bakar

Bahan-bahannya:

-3 ketul ayam
-2 inci halia
-1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1/2 sudu kecil garam

cara perap ayam bakar

Cara-caranya:

1.Bersihkan ayam dulu, cuci bersih-bersih.

2.Kemudian ketuk manja halia, rendam dengan air dalam 10-15 minit.

3.Dah siap rendam. Airnya buang. Ayamnya dengan halia kekal di situ. Kemudian lumur dulu dengan lada hitam. Perap dalam 5 minit.

4.Dah perap baru lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Sebab tak jumpa loyang lain di rumah emak mentua tersayang, saya belasah guna loyang ini.

5.Bakar dalam ketuhar selama 30-45 minit bergantung ketuhar masing masing. Rajin-rajin paling-palingkan ayam okay.

6.Dah siap. Makan panas-panas ya!

cara perap ayam bakar

*Selamat mencuba!

BACA: Enggan bersubahat, pegawai tentera udara Amerika nekad bakar diri depan kedutaan Israel