3 tahun simpan rahsia, Awie dedah pernah hidap kanser

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Siapa sahaja tak kenal dengan lagenda Rock tanah air, Dato’ Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali dengan nama Awie.

Meskipun sangat sinonim dengan perwatakan yang garang dan maskulin, Awie sebenarnya mempunyai kisah sedih yang baru sahaja dikongsikan olehnya.

Pelantun lagu Sejati itu berkongsi sudah hampir tiga tahun menyimpan rahsia di mana dia pernah diserang kanser buah pinggang tahap awal sekitar tiga tahun lalu.

3 tahun simpan rahsia, Awie dedah pernah hidap kanser

Dalam temu ramahnya dengan satu stesen radio, Awie akui dunianya ibarat gelap seketika selepas mendapat tahu penyakit yang dialaminya.

“Saya ada masalah pada bahagian buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tetapi alhamdulillah dikesan lebih awal.

Masa nak maklumkan kepada saya, doktor pun macam tergagap-gagap, dia kata, ‘this is very suspicious’ dan cakap satu buah pinggang saya perlu dibuang kerana ada tumor.

@kool101my “Saya ada problem kidney. Ada tumor, and doktor sahkan itu kanser.” – Dato’ Awie Secara eksklusif, Dato’ Awie mendedahkan mengenai perkara ini di Kool 101. Kita tengok Dato’ Awie selalu happy kan? Kita tak tahu apa yang Dato’ Awie hadapi. Pandai Dato’ Awie sorokkan daripada kita selama ini 🥺 Catch Up Pagi On Point Close Up Bersama Dato’ Awie di aplikasi Audio+! 📲 @MY HAIZA @HeyMuaz @Sayap2WINGS #Kool101 #PagiOnPoint #CloseUp #Awie #awiewings #kanser ♬ original sound – Kool 101

Sebaik dengar dia kata macam itu, saya rasa ‘waktu’ saya dah nak habis, macam gelap sekejap,”katanya.

Menurut laporan Berita Harian, selepas berjumpa doktor, ujian imbasan menunjukkan terdapat tumor dan mengesahkan ianya kanser.

Meskipun berat hati untuk melakukan pembedahan, lagenda rock itu akhirnya bersetuju untuk membuat pembedahan bagi membuang tumor tersebut selepas puas dipujuk isteri.

“Doktor terpaksa tebuk tiga lubang dan masukkan kamera kerana tumor ini susah nak nampak sebab pada bahagian dalam. Akhirnya tumor bersaiz 2.7 sentimeter berjaya dikeluarkan,” kongsinya lagi.

Mujurlah, buah pinggangnya tidak perlu dibuang tetapi Awie masih memerlukan pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan terbaik.

BACA: Ustazah Asma Harun terlupa amalan tarik rezeki? Jadi punca Restoran terpaksa ditutup