Ini ‘rahsia’ cara nak buat pecal jawa kuahnya lebih sedap

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Pecal adalah salad tradisional Jawa yang terdiri daripada sayur-sayuran bercampur dengan kuah kacang.

Seiring zaman, bahan-bahan membuat pecal turut mengalami sedikit perubahan, namun resepi pecal yang original janganlah dilupakan.

Kalau anda rindukan rasa pecal yang original, mari ikuti resepi dari Faizah Zaini ini.

Ini ‘rahsia’ cara nak buat pecal jawa kuahnya lebih sedap

Tambahan pula, dia juga ada berkongsikan tips untuk membuatkan rasa kuah lebih sedap, seimbang dan naik rasa kuahnya.

Semalam on lagi pecal tak menahan tekak ini. Maklumlah orang kampung Sabak Bernam, sana banyak Jawa dan Banjar.

Saya pula Banjar, pecal ini kalau dekat sana memang jumpa lah tapi bila merantau kadang-kadang tak jumpa kuah pecal yang sedap. Ada itu ada, tapi kadang rasa tak seimbang.

Pecal ini yang sedap rasa dia mesti seimbang. Manis masin mesti seimbang baru naik rasa pecal dan bukan pekat kacang semata saja.

Tapi yang selalu saya beli dan dapat rasa kacang semata. Jadi, saya pun belajar dan terus belajar.

Ada sekali saya dapat rasa dia best betul macam pecal orang dulu. Saya suka rasa original, tapi setengah orang suka letak kencur (cekur) dan daun limau pun sedap juga.

Ini saya campur kangkung, timun dan tauhu saja…ya ampun sedap sangat! Mujur nasi impit tak ada, kalau ada kerjanya mengulang makan sahaja lah.

Resepi Kuah Pecal

Bahan perlu goreng:

Udang Kering
Kacang tanah
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
resepi kuah pecal

Bahan tambahan dikisar:

Garam
Gula
Gula merah/gula melaka
Gula putih
Air asam
Air suam
1. Apabila dah dikisar masukkan pula bahan yang sudah digoreng tadi iaitu cili, udang kering, bawang dan akhir sekali kacang tanah.

2. Tak perlu tumis semula ya.

3. Masukkan kacang akhir sekali, saya suka macam ini baru lah dapat rasa kacang kasar-kasar sikit.

4. Jika suka letak kencur dan daun limau boleh masukkan, tiada masalah.

Saya reti buat macam ini saja, bahan-bahan pun agak-agak tak ada sukatan. Masak ini cara masing-masing, asalkan selesa dan jadi. Raikan semua pendapat orang dan silalah cuba ya resepi pecal ini.

Tips sambal pecal sedap dan naik rasa

resepi pecal

Buat pengetahuan pembaca, menurut Puan Faizah Zaini, sambal pecal akan rasa sedap dan naik rasanya apabila anda melebihkan gula melaka.

BACA: Siapa sangka, harga sebiji lemon ini bernilai RM8000, ini sebabnya ramai nak tahu