Sebelum ini, Sharifah Sharifah menyebarkan berita mengenai kesusahan yang sedang dialami oleh pelakon lelaki,
Aman Graseka yang memerlukan bantuan dari segi kewangan demi kelangsungan hidup.
Namun begitu, bantuan tersebut meraih perhatian selepas Aman sendiri memberitahu dirinya serta keluarga dalam keadaan baik-baik dan bekerja sebagai peniaga.
Terbaru, Sharifah Shahirah memaklumkan dirinya terima mesej seawal pagi daripada isteri aktor terbabit mengenai anak mereka yang sedang sakit dan ditidurkan di hospital ketika ini.
Bahkan, isteri Aman siap mahu menunjukkan bukti bahawa anak sedang sakit demi mendapatkan bantuan daripada DJ radio Suria FM itu.
Selepas menerima mesej tersebut, Sharifah Shahirah atau Shiera tidak membalas apa-apa dan sebaliknya berkongsikan berita itu ketika sedang bersiaran di segmen Suria Petang dan memohon doa daripada pendengar.
Lihat siaran ini di Instagram
Shiera trauma, bimbang berita palsu
Kata Shiera, dia kini sudah trauma dengan segala mesej yang diterima oleh pihak Aman kerana bimbang isteri Aman yang bernama Nurul Amrina hanya mereka cerita demi meraih perhatian.
Jika perlukan bantuan, dia sepatutnya hubungi orang terdekat. Sebelum ini pun dia tak jujur sebab itu saya berdiam sahaja kali ini.
Sekadar info, sewaktu isu mengenai Aman ini ‘hangat’ di setiap platform, rakan selebriti turut mendedahkan menerima mesej sama daripada Aman tetapi tidak pasti sama ada ia benar atau tidak.