Pelancong China komplen makanan Malaysia tak sedap, kutuk orang Sabah

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Malaysia merupakan antara 10 negara pilihan rakyat China untuk melancong ke luar negara sejak beberapa tahun belakangan ini.

Jadinya, korang akan nampak ramai pelancong dari Negara Tembok Besar itu di sekitar pusat pelancongan di sini.

Namun, ada kalanya kehadiran mereka kurang disenangi apabila ada segelintir yang membuat onar sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Pelancong China komplen makanan Malaysia tak sedap, kutuk orang Sabah

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita China meluahkan rasa tidak puas hati dengan penduduk di Semporna, Sabah atas faktor komunikasi.

Katanya, dia menyangkakan negara Malaysia adalah negara yang mesra dengan pelancong China kerana boleh berbahasa Mandarin seperti yang didakwa oleh influencer dari sana.

Namun, jangkaan dia meleset apabila mendapati hanya sejumlah kecil penduduk tempatan yang boleh berbahasa Mandarin.

Disebabkan halangan bahasa, dia terpaksa menggunakan aplikasi penterjemah bahasa namun masih sukar untuk berkomunikasi yang mana menimbulkan rasa tidak puas hati.

Screenshot 2024 02 29 161225

Menerusi video itu juga, wanita China berkenaan mendakwa dia menghadapi kesukaran mencari makanan yang enak di sana.

Apabila mendapat juadah di hadapanya, dia telah memperlekahkan makanan tersebut dengan mengatakan tidak sedap dan tawar.

“Makanan ini terlebih air dan sangat tawar. Saya hilang selera bila memandangnya,” katanya seperti yang dipetik The Star.

Rata-rata netizen yang melihat video itu mengecam pelancong terbabit kerana tidak bersedia sebelum melancong ke sana. Ini disebabkan bilangan kaum Cina Malaysia di Sabah dan Sarawak lebih sedikit berbanding di Semenanjung.

Difahamkan, negara Malaysia menjadi sebutan di China kerana ramai mendakwa rakyat di sini boleh berbahasa Mandarin.

Lain kali ‘study’ sendiri bila nak melancong, jangan dengar kata orang…

BACA: “Perempuan tu suami cakap ‘freelance’, dia takda hubungan dengan perempuan tu, dia bayar RM800 untuk servis