Nasib baik jumpa, lelaki ini tak sengaja terbuang wang tunai RM225000 dalam tong sampah

Oleh ISMAIL YAHYA

Sebuah keluarga panik bila wang tunai sebanyak RM225,197 secara tidak sengaja dibuang ke pusat pengumpulan sampah.

Pada Rabu lepas, kira-kira pukul 8.25 malam (waktu tempatan), seorang lelaki membawa beg sampah ke tempat pengumpulan sampah berhampiran rumahnya di Jalan Ly Thuong Kiet.

Kira-kira 15 minit kemudian, keluarga lelaki tersebut menyedari bahawa wang yang baru dikeluarkan dari bank sebelum itu telah diletakkan di dalam beg sampah.

Nasib baik jumpa, lelaki ini tak sengaja terbuang wang tunai RM225000 dalam tong sampah

Apabila tidak berjaya menemui beg tersebut, keluarga itu membuat laporan polis.

“Isteri saya menangis kerana jumlah wang yang hilang terlalu banyak,” kata lelaki tersebut.

Polis kemudian menganalisis rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) beberapa jirannya sebelum mendapati, beg merah yang disyaki mengandungi wang itu bercampur dengan sampah.

Pihak berkuasa kemudian menghubungi sebuah syarikat pelupusan sampah bagi membantu mencari beg berkenaan.

Selepas dua jam, beg tersebut akhirnya ditemui semula sebelum ia hampir dihantar ke sebuah pusat pelupusan sampah.

BACA: “Suami balik lepas seminggu outstation, malam tu terus suami suruh aku me time katanya dia jaga anak, kad bank dia bagi, siap pesan balik sebelum jam 9”