Hari perkahwinan biasanya menjadi acara yang paling diimpikan oleh pengantin, dan tentunya pasangan ingin agar majlis berlangsung lancar tanpa sebarang masalah.
Namun, tidak semua perkahwinan berjalan seperti yang diharapkan.
Terkadang, ia boleh menjadi hari yang memalukan dan menyaksikan insiden yang tidak dijangka.
Contohnya, baru-baru ini di India, satu perkahwinan telah dibatalkan dengan segera atas sebab yang pasti akan membuat anda bengang dan geram.
Menurut laporan Indian Express, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Ramakant Patra tiba di Sukinda, Odisha untuk majlis perkahwinannya.
Ramakant Patra dan keluarganya disambut oleh keluarga bakal isterinya untuk makan tengah hari sebelum majlis perkahwinan mereka bermula.
Namun, Patra kecewa kerana keluarga bakal isterinya gagal menyediakan kari kambing yang disukainya, yang menyebabkan pertengkaran antara mereka.
Patra membuat keputusan nekad untuk membatalkan perkahwinan mereka. Keluarga pengantin perempuan cuba memujuk Patra, tetapi usaha mereka tidak berjaya dan Patra serta keluarganya meninggalkan majlis perkahwinan tersebut.
Patra kemudian pergi ke rumah saudaranya yang berdekatan. Namun, yang mengejutkan ialah dia kemudian berkahwin dengan seorang wanita lain pada hari yang sama sebelum pulang ke rumahnya.
BACA: Nasib baik jumpa, lelaki ini tak sengaja terbuang wang tunai RM225000 dalam tong sampah