Semasa menjalani ibadah haji atau umrah di Tanah Suci Mekah, para jemaah akan melakukan tawaf
Yang bermula dan berakhir di Hajarul Aswad. Banyak yang mengambil kesempatan untuk mencium batu ini.
Hajarul Aswad ialah sebuah batu hitam yang menjadi pusat perhatian umat Islam ketika menjalankan ibadah Umrah atau Haji.
Dikatakan bahawa batu ini berasal dari syurga dan diletakkan oleh Nabi Ibrahim AS di salah satu sudut Kaabah.
Mencium atau memegang batu Hajarul Aswad adalah sunat dan bukan satu amalan yang wajib dilakukan. Ini adalah salah satu sunnah Nabi dan bukan tindakan menyembah batu itu.
Batu suci ini pernah dicuri selama 23 tahun oleh kelompok Qaramitah di bawah pimpinan Abu Tahir Al-Qarmati pada tahun 930. Mereka membawa batu ini ke Bahrain dan mencoba meminta wang tebusan untuk mengembalikannya.
Meskipun batu ini pernah dicuri dan bahkan hampir dimusnahkan pada abad ke-11, tetapi ibadah haji terus dilakukan di Masjidil Haram tanpa kehadiran Hajarul Aswad.
BACa: