Assalammualaikum dan salam sejahtera.Saya tulis bukan untuk buka Aib. Saya tulis untuk luahkan yang terbuku.
Even anak anak saya pun, saya tak beritahu mengenai kisah ini. Biarlah mereka anggap ayah mereka baik.
Juga untuk pengetahuan, masa scandal A pertama. Saya simpan aib dia sehingga keluarga saya dan teman rapat pun tak tahu.
Yang tahu cuma adik beradik aruwah dan seorang Kawan saya sahaja.
Memang saya simpan sehinggalah kes dengan Z baru saya beritahu keluarga saya dan beberapa orang Kawan.
Saya rasa dah separuh giila. Saya tak boleh tidur dengan betul. Saya tak boleh makan.
Berat saya turun 5 kg dalam masa sebulan. Saya rasa hati saya pecah dan hancur.
Jadi janganlah minta saya bersabar dan memaafkan sekira anda tidak berada dikasut saya.
Apa yang saya ceritakan disini cumalah 30% dari cerita sebenar. Yang sebenarnya lebih teruk dari yang saya tulis.
Masalahnya, saya tidak buka aib A, tapi Z yang buka.
Lepas aruwah meninggal dia bermessage dengan Kawan A, beritahu dia Adalah girlfriend A. Cerita semua dekat Kawan aruwah, H.
Beritahu yang A kata hubungan dia dengan saya adalah fake. Terpaksa demi anak anak.
Beritahu A kata dia tak Bahagia hidup dengan saya. Screensh0t semua whatsapp2 A dengan dia.
Kemudian, hari hari selepas A meninggal Z upload status hari hari meratab hiba, sedih kononnya. Upload gambar berpelukan dengan A.
Bukankah itu membuka aib?
Saya cakap dengan Z, ‘Please respect A’s family. Kalau bukan saya, dia masih ada keluarga lain, ayah dan adik beradik’
Sebenarnya Z banyak kali minta A berkahwin dengan dia. Minta A buat pilihan antara dia atau saya.
A kata dia pentingkan anak anak.
Berani dia gunakan anak2 sebagai alasan?
Dan yang paling menghancurkan hati saya.
Sebenarnya dia balik jenguk anak anak hanya sebulan sekali. Kadang kadang 5 6 minggu sekali sedangkan dia balik rumah Z setiap minggu!
Dan setiap kali balik rumah saya pun dia akan balik rumah Z juga.
Yang luluh hati saya, masa birthday anak anak, saya hanya sambut dengan anak anak.
Padahal pada masa tu dia ada dirumah Z.
Dan rumah Z tu satu negeri yang sama cuma 1 jam perjalanan. Begitu juga masa anak sakit, dia ada Bersama Z langsung tak jenguk anak.
Paling menyakitkan, kereta yang dia guna untuk ulang alik rumah Z tu kereta saya!
Bila saya bising pasal balik sebulan sekali dia kata, kerja banyak. Balik guna duit banyak.
Padahal tiap tiap minggu balik jumpa Z.
Kalau Z begitu penting kenapa gunakan anak anak sebagai alasan untuk tidak berkahwin?
Saya boleh bagi free je sebab sorry to say gaji saya 3 kali ganda gaji dia. Rumah nama saya, kereta dua dua nama saya. Saya tak kisah dicerraikan.
Dan banyak kali juga saya minta dia cerraikan saya. Tapi dia tak nak konon sayang.
Tapi saya bersyukur. Allah itu maha adil. Sejauh mana dia menipu saya. Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal.
Saya menyiasat bukan untuk korek aib. Saya menyiasat untuk dapatkan jawapan untuk saya dan anak anak.
Kalau Allah tak bukakan jalan saya tidak akan tahu sampai bila bila.
Saya juga bersyukur, Allah hentikan penipuan dia keatas saya dan anak anak.
Allah juga hentikan kesengsaraan saya dari ditipu lebih banyak.
Kepada Z saya katakan, ye saya boleh maafkan. Tapi saya doakan Allah beri balasan setimpal.
Kepada A apa yang dia lakukan sungguh berat untuk saya maafkan buat masa sekarang. Apa yang saya ceritakan hanyalah on surface sahaja.
Mungkin satu masa nanti saya akan maafkan. Tapi bukan untuk dia, tapi untuk diri saya dan anak anak.
Jangan risau, disebabkan saya insan teraniaya. Saya doa yang baik baik untuk diri saya dan anak anak. Semoga kami bertemu bahagia satu hari nanti.
Untuk yang membaca, terima kasih telah sama sama sakit hati seperti saya.
Jadi ambillah pedoman dari cerita saya ini.
Reaksi Warganet
Ezd Airaniez –
Betul puan, tak patut minta puan bersabar dan terlalu cepat memaafkan. Tapi apa puan kena buat sekarang, YOU MUST BE HAPPY.
Puan kena cari kebahagiaan untuk diri sendiri dan anak anak. Buat benda yang puan nak sangat buat masa kahwin, tapi tak dapat buat.
Tak salah jadi selfish demi kebahagiaan diri sendiri. Puan kena happy supaya anak anak bahagia dengan puan.
Saya tahu sebab mak saya pun pernah kena betrayed. Tapi alhamdulillah dia bahagia sekarang. Dah pencen, hidup tenang dan senang.
Moga Allah swt pulihkan hati puan ya. Aamiin
Noor Hamidah Ramli –
Allah bagi balasan setimpal untuk aruwah husband puan di akhirat. Memang pasti.
Untuk Puan, teruskan hidup. Allah sebenarnya sayang Puan. Dia buka satu satu aib sebenar aruwah suami untuk bagi Puan kekuatan untuk teruskan hidup tanpa dia.
Puan sebenarnya yang bertuah sebab Puan dah tak perlu hadap semua pembohongan aruwah.
Allah tutup kisah sebenar semasa aruwah hidup sebab tak nak bagi Puan derita waktu tu.
Sekarang dia dah innalillah.. Puan dah boleh jalani hidup dgn tenang. Teruskan hidup Puan. Jgan toleh kebelakang. Allah ada untuk bantu Puan.
Nurul Mohd –
Ini kan puan.. Andai kata puan happy happy, orang luar mesti kata.. “suami mati pun, boleh happy happy lagi”
Padahal.. mereka tak tau jalan cerita.
Yang balu je faham apa yang sahabat sekasut rasakan.
Kami yang suami meninggal, dan Alhamdullilah.. suami kami pergi dengan redha kami..
Pun orang mengata kalau kami happy happy. Duk teringat dekat suami sendiri pun orang mengata.
Duk happy happy pun orang mengata..
Haih la.. Terus melangkah ye, puan. Hugs dari sahabat sekasut
Intan Syazwani –
Kepada Z, Ustazah hari tu dan lain lain yang seangkatan sekali, tak duduk sekali 24 jam memang rasa dunia ni ana yang pnya, cinta mati la apa.
Hakikatnya, Isteri sah yang dok hadap suami depa 24 jam ja yang tau depa sebenarnya macam mana.
Semoga kita semua dijauhkan daripada benda benda yang sebegini, ambik pengajaran yang mana anak dara, janda dan isteri orang pun, yang cuba- uba dekati suami orang ni..
Kepada sis confessor, hari tu saya dah komen, tapi tak suruh maafkan la apa sebab tau memang susah nak buat pun, saya sendiri pun tak mampu.
Ambiklah sebanyak mana pun masa untuk tenangkan diri, ramai ja yang senasib dengan sis. Jangan pernah pikir sis keseorangan, Allah S.W.T. pun sentiasa ada dengan sis..
Nak luahkan apa pun luahkan la dekat sini, kalau terasa berat sangat simpan sorang sorang..
Bukan aib pun kalau tak bagitau identiti yang sebenarnya, cuma luahan ja untuk lepaskan tekanan perasaan dan pengajaran untuk semua..
Semoga sis jumpa ketenangan dan kebahagiaan yang betul satu hari nanti, inshaAllah..
Sumber – Jini
BACA: Tiada lauk gulai kambing, pengantin lelaki nekad batalkan perkahwinan, kahwin wanita lain hari sama