“Aku jumpa fon dalam bonet kereta suami tapi dia tak mengaku, aku cuba wasap nombor dalam tu, tak sangka ada yang balas ‘tak puas lagi ke tadi’!”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Saya sudah tiga tahun berkawin tiada masalah. Tiba-tiba semalam semasa saya cari barang dalam bonet kereta suami, terjumpa sebijik iPhone.

Apabila saya klik iPhone tersebut, ada gambar seorang gadis, saya bawa iPhone tersebut dan tanya suami saya siapa punya ini.

Dia kata dia terjumpa dekat bawah kereta semasa dia pergi pulau pinang. Dia terus ambil dan simpan telefon tersebut, saya jadi runsing,

"Aku jumpa fon dalam bonet kereta suami tapi dia tak mengaku, aku cuba wasap nombor dalam tu, tak sangka ada yang balas 'tak puas lagi ke tadi'!"

ye la susah nak percaya sebab dalam tu ada satu je nombor telefon. Saya cua telefon nombor tersebut tapi tiadak diangkat.

Apabila saya buka galeri ada gambar suami. Yang ini dia kata kawan dia tolong ambilkan. Apa yang saya pelik, bukan ke kalau iPhone hilang tuan punya asal boleh kesan kedudukan iPhone dia. Sangat keliru apabila nombor yang saya simpan tu ada whatsapp, saya cuba hantar emoji k1ss, boleh perempuan tu balas “wah, tak puas lagi ke tadi?’

Terus saya tanya suami saya, suami ambil telefon dan terus keluar tanpa hiraukan saya. Sehingga sekarang suami dah tak balik empat hari. Bila di tanya, dia kata tinggal di rumah mak dia dan saya tanya kenapa buat macam ini, dia kata tak mahu gaduh.

Saya kuatkan diri demi anak berusia lima bulan. Doakan saya kuat ya. Saya terkedu dan rasa sedih, macam-macam jamu saya dah makan, tak menyusahkan suami tapi saya macam tidak dihargai. Rujukan kisah rumah tangga

Sementara itu,lain pula kisahnya bilamana Wanita Ini Kongsikan Kisah Dia ‘bercinta’ Bersama Tunang Orang Kerana Geram Suaminya ‘main kayu tiga’ Dengan Isteri Orang?

Salam admin, terima kasih approve dan mohon hide profile saya. Saya bercerita disini untuk minta pandangan kalian. Mungkin penulisan ini sedikit panjang dan harapnya saya dapat jawapan untuk menguraikan kekusutan saya. Saya dan suami berkenalan dari zaman belajar pada tahun 2006.

Saya berumur 19 dan suami 20 ketika itu. Kami berkenalan, bercinta hingga tamat belajar, bekerja dan segala galanya berjalan dengan lancar. Tahun ke 4 kami bercinta, saya dikejutkan dengan satu surat cinta dalam poket seluar suami ketika dia tidur.

Saya bertanyakan daripada siapa dan kenapa saya diduakan? Wanita itu satu tempat kerja dan berstatus isteri orang juga ibu kepada dua orang cahayamata. Alasan yang saya terima, wanita itu cuma tempat meluahkan perasaan dan selalu tolong ketika bekerja.

Dan saya dapati wanita itu juga mengalami masalah rumahtangga dengan suaminya. Sungguh saya terduduk, keliru, marah, buntu dan kecewa dan waktu itu saya berfikir saya harus mempertahankan hubungan kami. Suami dan wanita itu memohon maaf dan saya memaafkan mereka.

Mereka berjanji memutuskan hubungan dan berjanji tidak berhubung dan menyakiti hati saya lagi. Tahun 2013 saya dan suami berkahwin. Suami menjaga nafkah z4hir dan b4tin cukup sempurna. Kami bina kehidupan yang serba melengkapi antara satu sama lain.

Selang setahun saya mengandung tapi takdir Allah saya mengandung luar rahim. Ketika saya berehat usai operasi dan suami temankan saya, suami terima mesej dari wanita itu mengucapkan takziah. Saya bertanya berhubung kembalikah dengan wanita itu?

Dia menidakkan dan berkata dia tidak tahu apa apa. Saya cuma berkata saya s4kit ini kerana anak awak, awak fikirlah sendiri. Hal itu saya biarkan berlalu walau s4kit hati. Dua tahun berlalu, Oktober 2015 saya diarahkan pindah tempat kerja baru yang jaraknya lebih kurang 45minit dari rumah kami.

Hari pertama sepatutnya saya gembira di tempat baru tetapi saya dikejutkan sekali lagi dengan satu misscall tertera wajah wanita itu di handphone suami. Maka berbalah besarlah hari itu sehingga suami terlafaz perpisahan. Terjatuhlah talak satu setelah disahkan oleh mahkamah.

Kami buntu dan keliru, keesokkan harinya kami rujuk kembali atas dasar mahu tutup a1b keluarga walhal kami wajar beri ruang untuk diri sendiri dan redakan keadaan dulu. Allah peritnya bila diingat kembali. Hari ke hari walaupun kami sudah sah sebagai suami isteri kembali tetapi hati kami masih bergolak dengan perasaan.

Hubungan terasa hambar. Saya seolah tidak mampu menerima kejadian yang berlaku, suami juga mungkin belum mampu melupakan wanita itu. Akhirnya, saya memilih membuka mulut dengan keluarga terutama mak (tetapi sehigga hari ini mak tidak tahu kami pernah berpisah).

Mak terlalu marah, saya ambil keputusan untuk menjarakkan diri seketika dengan suami. Saya duduk sementara di rumah mak untuk beri ruang bertenang. Dalam masa yang sama kami juga sepakat untuk berpisah kali kedua tetapi secara baik. Suami terpaksa setuju.

Dokumen telah disiapkan hanya menunggu waktu ke mahkamah. Hingga suatu hari saya berkenalan dengan seorang lelaki saya namakan A. A lelaki tunangan orang. Boleh dikatakan lebih standard daripada suami. Mampu serba serbi. Tetapi bukan itu yang saya pandang.

Dia hadir ketika saya cuba merawat hati. Memberikan senyuman, ketawa dan kata kata semangat hingga dia sanggup menunggu saya berpisah dengan suami. Hingga akhirnya kami juga terkulai layu. Besarnya dosa saya sedangkan saya masih isteri orang.

Satu ketika saya dikhabarkan oleh seseorang, suami bawa wanita itu pulang ke rumah ketika saya tiada dirumah. Saya kuatkan semangat untuk bertanya suami sendiri. Akhirnya suami mengaku mereka sudah terl4njur 2x dirumah kami sewaktu kami cuba memberi ruang antara satu sama lain untuk meredakan keadaan tetapi sebaliknya yang terjadi.

Allah hancurnya hati, pedihnya tak terkata tetapi saya cuba bertenang. Ini ujian maha hebat yang harus saya lalui. Dalam masa yang sama, hubungan saya dengan A juga dapat dihidu oleh suami.Malam itu kami sama sama menangis mengenangkan hubungan kami yang terlalu meruncing ibarat telur dihujung tanduk.

Suami memohon maaf merayu untuk saya kembali tetapi hati sudah terlalu lebur dengan maaf mereka. Bukan kerana A, tetapi terlalu muak dengan janji palsu mereka. Saya cekalkan hati menerima suami kembali walau hakikatnya saya sudah tiada rasa apa apa.

Hari berganti hari, kami cuba harmonikan rumahtangga kami. Saya cuba memberikan kepercayaan kepada suami walaupun saya tahu saya hanya menipu diri sendiri. A masih wujud dalam hidup saya tetapi sedaya upaya saya melarikan diri darinya kerana sedar saya masih isteri orang dan dia tunangan orang.

A masih tidak mahu melepaskan saya hingga ke hari ini. Disember 2016, Allah tunjukkan lagi sekali bahawa suami tidak mengotakan janjinya. Masih berhubung dengan wanita itu. Dan berita baiknya adalah wanita itu sah berpisah dengan suaminya.

Syukur, itu yang memang saya nantikan. Saya berbincang dengan suami, saya izinkan mereka berkahwin dengan syarat lepaskan saya secara baik. Saya sudah tidak mahu terlibat dengan semua ini. Terlalu lelah untuk melihat drama mereka.

Suami berhabis habisan tidak mahu sehingga saya katakan sampai bilakah kamu harus menduakan dibelakangku sedangkan aku sudah izinkan kamu pergi? Suami hanya berkata aku masih sayangkan kamu seperti dulu dan aku tidak akan melepaskan kamu pergi kecuali aku pergi buat selamanya.

Baru baru ini saya dapatkan khidmat nasihat oleh pejabat agama tentang gangguan orang ketiga dalam rumahtangga. Bukti bukti yang saya ada belum cukup untuk mend4kwa wanita itu kemuka pengadilan dan saya dinasihatkan untuk menjalani sesi kaunseling dahulu.

Jika masih berlarutan, mereka akan buka kes dan dalam masa yang sama mereka minta saya dapatkan bukti bukti lain agar saya dapat d4kwa wanita itu dengan akta kesalahan syariah. Hari ini saya dan suami cuba menjalani kehidupan seperti biasa.

Walau saya tahu mungkin suami akan berhubung dengan wanita itu ketika waktu kerja. Hingga saat ini juga, kadang kadang ada saya suarakan dengan memujuk suami untuk melepaskan saya tetapi jawapannya tetap tidak. Saya keliru wajarkah saya melangkah keluar dari rumah kami?

Saya tidak mahu disabitkan isteri nusyuz. Jika saya submit permohonan perpisahan, saya yakin suami tidak akan lepaskan saya sedangkan saya mahu gunakan cara fast track iaitu berpisah secara baik tanpa saya ded4hkan sebarang a1b.

Saya tidak mahu melalui proses mahkamah yang terlalu panjang jika suami tidak mahu memberikan kerjasama yang baik. Saya tidak nafikan ada kebaikan suami yang menjaga nafkahnya dengan sempurna, sama sama menjaga kehidupan berumahtangga cuma saya terlalu penat untuk melihat sandiwara mereka.

Apa yang saya boleh rumuskan di sini ialah suami kekeliruan antara saya dan wanita itu. Mungkin suami tidak mampu melupakan wanita itu dan dalam masa yang sama tidak mahu kehilangan saya yang menjadi tunjang hidupnya selama ini.

Oh buat pengetahuan kalian juga, kami sedang menjalani proses dalam usaha mendapatkan zuriat di h0spital. Suami memang memberikan 100% komitmen sepenuhnya dalam usaha itu

. Saya sudah lakukan yang terbaik sepanjang 10tahun kami bersama tetapi hari ini saya meredhakan segala galanya jika ianya berakhir.

Saya cuma mahu meleraikan ikatan ini tanpa bermusuhan dengan suami. Apa yang saya harus lakukan kalian? Maaf jika coretan ini terlalu panjang. Mohon kalian berikan pandangan yang sewajarnya dan saya sangat mahukan mencari jalan penyelesaian.

BACA: “Bila aku kena cover kerja meraka, ya aku dapat imbuhan lebih tapi sampai satu tahap, duit ni dah tak berbaloi dengan apa yang aku hadap!”