“Ayah pernah datang rumah minta duit sebab lapar, sekarang ayah dah tiada, sekarang kami hidup dalam penyesalan”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Menyesal tidak berkesudahan… Inilah pengakuan seorang wanita yang juga dikenali sebagai Alya dalam satu segmen di Sinar FM semalam.

Melalui perkongsian video di TikTok, wanita ini menyuarakan penyesalannya kerana tidak sempat meminta maaf kepada ayah sebelum lelaki itu meninggal dunia.

Kali terakhir bertemu masa kahwin, tiba-tiba mendapat berita bapa sakit.

"Ayah pernah datang rumah minta duit sebab lapar, sekarang ayah dah tiada, sekarang kami hidup dalam penyesalan"

Dalam ceritanya, Alya mendedahkan dia memiliki konflik dengan ayah kerana sudah bercerai dengan ibunya dan kali terakhir bertemu dengan lelaki itu pada tahun 2020 semasa hari pernikahannya.

Sejak itu, dia tidak berjumpa dengan ayahnya selama tiga tahun dan tidak membawa anaknya bertemu dengan datuk mereka.

Namun tiba-tiba pada suatu hari, dia menerima panggilan yang memberitahu ayahnya berada dalam keadaan kritikal.

“Tapi hati jahat saya, saya cakap ayah saya drama. Ayah saya tipu saya. Lepas tu, kawan-kawan saya suruh saya pergi. Tapi saya kata saya tak nak pergi,” katanya.

Selepas dipujuk ibunya, Alya pergi juga bertemu dengan ayahnya kerana menurut doktor, ayahnya sudah ‘tidak lama’ dan mungkin tidak sempat hingga ke tengah hari.

“Itulah pertama kali saya bertemu ayah saya selepas tiga tahun. Tapi saya pergi, saya tidak pegang dia. Tidak sentuh, tidak bercakap. Saya ego.

“Bukan sebab apa, dulu saya sangat rapat dengan ayah saya, tapi bila sampai satu tahap saya tidak mampu maafkan,” katanya.

Menurutnya, pada ketika itu ayahnya sudah ditidurkan dan dia hanya melihat ayahnya dari jauh kerana masih berasa ego.

Hatinya makin tersentuh apabila melihat keadaan ayahnya yang semakin uzur dan berselirat dengan wayar hingga membuatkan dia terbuka hati untuk mencium bahu lelaki itu.

Ayah curang menjadi punca anak keras hati
Apabila ditanya mengapa Alya sangat marah dengan ayahnya, dia memberitahu bahawa ia berpunca daripada tindakan ayah yang berlaku curang dengan ibunya.

“Ayah saya seorang yang penyayang dan baik. Tapi dia ada perempuan lain. Dia meninggalkan mak saya,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya lagi, ayahnya selepas itu pernah meminta maaf kepada semua anak-anak lain termasuk ibunya atas apa yang berlaku.

Menyambung kisah itu lagi, Alya memberitahu bahawa pada hari yang sama ketika Maghrib, dia mendapat panggilan yang memberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.

Pada saat itu, Alya berasa sangat menyesal kerana dia tidak sempat meminta ampun kepada bapanya kerana mempunyai banyak dosa.

“Kita orang sayang tapi kita orang marah. Sekarang kita semua hidup dalam rasa serba salah, penyesalan.

“Saya rasa serba salah sebab ayah saya tidak kerja. Saya rasa saya paling jahat sebab setiap kali abah balik, dia minta nak ambil sijil cerai. Saya kata dekat mak saya, kenapa bagi dia masuk.

“(Kemudian ayahnya berkata) Awak ada duit tak, saya lapar. Saya lapar…” katanya dan diikuti dengan tangisan Alya.

Para penyampai radio kemudian kedengaran menenangkan Alya dengan mengatakan bahawa ayahnya mungkin sudah memaafkan anak-anak atas kesalahan mereka.

Rata-rata netizen di bahagian komen meluahkan rasa sedih mereka dengan pengakuan hati tersebut dan masing-masing mengambil iktibar dari kisah anak beranak ini.

Min pun ikut menangis mendengar pengakuan kakak ini. Semoga wanita ini tabah menghadapi dugaan.

BACA: “Setiap hari aku mimpi ada wanita nak ambil anak aku, sampailah satu hari tu aku mimpi, aku nampak muka kak ipar, rupanya ini plan dia!”