Nama aku Rafflesia, berumur 30 tahun. Aku pendekkan cerita sahaja lah ya. Cerita ini berkisarkan tentang keluarga beIah mak aku
Mak aku mempunyai 11 orang adik beradik, 4 perempuan dan 7 lelaki.Sejak arw4h abah (atuk aku) meninggaI, tinggal mak (nenek aku) seorang sahaja.
Ketujuh – tujuh pakcik aku tinggal di taman yang sama dengan nenek aku. Pada dua tahun lepas, nenek aku pula meninggaI dunia disebabkan kovit.
Pada masa inilah, hubungan adik beradik mak aku menjadi tak berapa baik dan renggang. Untuk pengetahuan, sebelum ini hubungan adik beradik mak baik – baik saja. Terdapat beberapa perselisihan faham yang berlaku semasa nenek hidup dan selepas meninggaI dunia.
Antaranya, perebutan harta tak seberapa yang ditinggalkan, iaitu barang kemas dan sebuah rumah pusaka. Betul bagi aku tidak seberapa pun harta yang ditinggalkan tapi takpe lah dah memang ada hukvm faraid untuk yang berhak pun.
Barang kemas juga telah dijual dan dibahagikan sama rata nilainya atas persetujuan beberapa orang adik beradik. Selepas pembahagian nilai tersebut, secara tiba – tiba ada seorang pakcik lelaki untuk meminta bahagiannya secara faraid.
Tanpa menolak segala hutang yang ada dan mahukan nilai asal secara bulat – bulat. Keadaan menjadi huru hara seketika dan saling menyalahkan antara satu sama lain. Masing – masing menunjukkan per4ngai setelah nenek tiada.
Sehingga kini, hubungan antara adik beradik antara lelaki dan perempuan tidak lagi semesra dulu. Untuk bahagian rumah pusaka pula, ada sebahagian yang mahu jual saja, ada pula yang mahu dibiarkan begitu saja. Dibiarkan, tapi untuk maintanance (bil air dan api) dibiarkan tidak berbayar.
Rumah tidak berkemas, tidak bersapu. Balik hanya untuk suka – suka, tengok tv, anak – anak bermain dan balik ditinggalkan begitu saja. Air kotak dibiarkan tak habis di dalam fridge. Baki dan sisa makanan tidak dikemaskan selepas digunakan.
Mana tidaknya, mengundang kemarahan orang lain (makcik – makcik) yang lain. Macam aku katakan tadi, rumah pakcik – pakcik aku (7 orang semuanya), berdekatan dan satu taman dengan rumah arw4h nenek aku. Buat masa sekarang, rumah pusaka arw4h nenek aku telah didiami oleh pakcik bongsu buat sementara waktu.
Disebabkan ketiadaan rumah sewa yang lain, dia duduk di situ atas persetujuan adik beradik yang lain (9 dari 11 orang) sahaja yang bersetuju. Lagi 2 orang pakcik aku membangkang disebabkan masing – masing ada hak terhadap rumah pusaka tersebut.
Setelah berbincang, pakcik bongsu tersebut hendaklah membayar sewa setiap bulan, dan sewa tersebut hendaklah dibahagikan kepada adik beradik mengikut turutan. Pada masa sekarang, hubungan antara pakcik dan makcik (adik-beradik mak) aku tersangatlah tidak baik, disebabkan campur tangan isteri pakcik – pakcik aku ni.
Nak dijadikan cerita, selepas tiga hari nenek aku meninggaI dunia, selepas malam t4hlil tersebut, makcik – makcik (adik – adik ipar mak aku) buat tiktok berjoget, bergelak ketawa di dalam rumah arw4h nenek aku. Ada 2/3 video tiktok ya.
Selepas majlis t4hlil. Selepas hari ketiga. Katanya, hanya untuk suka – suka dan kenangan sahaja. Sekiranya kalian yang membaca ni, apa perasaan ya? Sangat kurang ajar, bagi aku sebagai seorang cucu kepada arw4h nenek.
Mereka biras – biras, semuanya duduk satu taman dan memang kerap berjumpa. Untuk apa tiktok pada malam t4hlil tersebut? Bila mak aku bersuara hal ini kepada pakcik – pakcik (adik beradik lelaki mak), dik4tanya itu semua hanya untuk release kepenatan selepas majlis. Adakah alasan ini boleh diterima akal? Mengarut.
Makcik – makcik (isteri pakcik – pakcik) aku semuanya bukan budak berumur 20an, semuanya dah beranak pinak, berumur 30-40an. Takkan benda yang sensitif ini pun nak dijadikan bahan hiburan dan content tiktok? Selepas peristiwa tersebut, hubungan mak dan adik beradik lelaki yang lain menjadi sangat h4mbar.
Masing – masing menunjukkan rasa tidak puas hati atas teguran tersebut. Mereka tetap memilih untuk back-up isteri masing – masing dan dik4tanya tidak bersalah. Dan kini, selepas 2 tahun arw4h nenek meninggaI, hubungan ini bagaikan retak menanti beIah.
Tiada persefahaman, tiada bertolak ansur. Tiada rasa hormat dan kasih sayang antara adik beradik. Kini, kami meneruskan hubungan macam biasa sahaja. Kami tetap bersama dengan mak, selepas tiada lagi hubungan baik antara adik beradiknya.
Saya pernah bercakap dengan mak, andai satu hari mak meninggaI dunia, saya tidak akan menjemput adik – adik beradiknya. Semasa mak saya hidup, dibuatnya mak saya macam tiada. Tiada perasaan, tidak perasan kewujudannya.
Jadinya tiada beza selepas dia tiada. Mak hanya terdiam. Sayang, sayang sekali dengan pengakhiran hubungan ini. Kami cuma berharap agar semuanya nanti baik – baik saja. Biarlah keadaan, masa dan takdir yang menentukan semuanya. – Rafflesia (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Medina Hannan : Memang betul kena faraid dan selesaikan secepat mungkin. Walaupun 20 orang adik beradik kata nak bahagi sama rata dan 1 orang kata nak faraid. Wajib faraid walaupun 20 lawan 1. Kecuali SEMUA sepakat kata nak bahagi sama rata.
Kalau ada yang berbunyi, tak sefahaman seeloknya guna peguam yang lebih arif. Biasalah orang orang tua ni, kalau bercakap masing – masing rasa mereka betul. Jadi kalau ada orang yang lebih layak dalam bidang, boleh membantu nasihat apa yang patut. Dan ada hitam putih.
Apa – apa pun selesaikanlah sebelum pakcik – pakcik, makcik – makcik meninggaI, sebab nanti jadi kem4tian berlapis – lapis, m4kin banyak w4ris faraid yang baru, m4kin susah nak jual rumah tu. Good luck!
Noraziah Amdan : Pasal menari dikala nenek kebumi tak sampai seminggu, aku pun marah. Patutnya adakan majlis t4hlil atau ngaji Quran berjemaah. Dapat pahala. Dah tergelek – gelek, tergedik – gedik, belum tengok, baru baca, dah rasa loya.