“Biasalah lepas kahwin dah tidur sebantal ni serba serbi tak kena, perangai sebenar suami akhirnya terbongkar bila dah kahwin”

Oleh NADIA HARON

Aku Minah. First of all, luahan aku adalah berkaitan marriage. Sila skip kalau tak nak baca. Usia perkahwinan aku bawah 5 tahun dan usiaku hampir 30, dan usia suami lebih tua dari aku. Aku dah ada anak.

Awal kahwin, semuanya indah. K3ntut suami pon masih aku boleh tahan. Selepas ada anak, semua berubah

Aku jadi panas baran. Untuk pengetahuan semua, aku dan suami PJJ dan hanya berjumpa waktu weekend sahaja.

"Biasalah lepas kahwin dah tidur sebantal ni serba serbi tak kena, perangai sebenar suami akhirnya terbongkar bila dah kahwin"

Urusan anak, semua di bawah tanggungan aku.

Suami aku typical lelaki, yang mana kita perlu k3tuk, baru dia gerak. Aku tak minta banyak, cuma nak suami aku take over jaga anak waktu weekend je. Macam biasalah, kalau aku tak minta tolong mandikan anak, jagakan anak, takdelah suami aku buat. Walhal aku dah banyak kali bincang pasal ni.

Aku dah banyak kali bagitau aku penat jaga anak. Dah banyak kali juga aku mental sampai termarah anak, hemp4s anak dekat tilam, baIing mainan anak.

Aku bukan sengaja, tapi aku geram. Suami aku macam tunggul, kadang – kadang kalau dia mandikan anak, tugas dia stop sampai mandikan saja, siapkan anak dia pass pada aku.

Kadang – kadang anak aku nak tengok tv, pon aku jugak yang kena layan. Suami aku? Terbongkang atas katil main game. Aku tak berkira tapi aku nak sama – sama buat. Anak sama – sama kan? Kalau makan luar jangan ceritalah.

Dulu aku pernah cuba amalkan konsep take turn. Tapi bila aku makan dulu dari suami, aku akan makan dengan cepat. Tak sempat kunyah 40 kali. Kesannya aku jadi cepat lapar (mungkin sebab aku bre4stfeed jugak). So aku tukar plan, makan selepas suami aku makan.

Paling s4kit hati, dia makan dengan tenang tanpa memikirkan perut aku yang berkeroncong kelaparan. Geram tak? Atau aku je yang over? Lepas dari tu memang aku makan sekali dengan anak. Anak aku dah masuk fasa semua benda nak buat sendiri.

So bila dia nak guna sudu, yang masuk 1% je, selebihnya jatuh ke bawah. Air pon dia nak minum dari gelas dan straw milik kedai makan.

Suami aku macam biasa, masih tenang di posisi makan sambil jadi kak nam dengar orang borak, kadang – kadang makan sambil leka tengok skrin layar, kadang – kadang makan sambil sibuk dengan phone.

Yelah kita mak kan, memang kita je lah kena busy dengan anak. Kadang – kadang tu aku sampai kena cuit laki sendiri, tolonglah marahkan anak tu sebab anak aku banyak main dengan makanan dari makan. Ya, anak aku tak takut pon kalau aku marah.

Sekarang ni pon aku makan apa sahaja hanya guna sudu ATAU garfu. Tak dan nak guna dua – dua. How I wish aku ada 10 tangan. Bab susu, pampers, barang mandi anak, lauk anak, babysitter pon guna duit aku. Baju anak? Pon duit aku.

Awal – awal dulu je laki aku excited nak belikan anak aku barang – barang tu, lama kelamaan takde dah. Memanglah sed4ra mara ada bagi baju pada anak aku, tapi kadang – kadang baju tu besar sizenya. Tak kemaslah kalau anak pakai baju gelebeh – gelebeh ni, s4kit mata kita tengok.

So terp4ksalah aku pejam mata belanja baju anak. Laki aku tak pernah pon tanya susu anak ada tak, pampers cukup tak. Pernahlah sekali dua tanya, tapi lepastu nan hadoooo. Nak tunggu weekend beli sesama? Alamatnya memang anak aku tak berpampers, tak bersusu.

Untuk pengetahuan korang, susu tepung tu hanya pakai waktu dekat rumah babysitter sebab aku mak yang pemalas nak membasuh bre4stpump. Kadang – kadang aku rasa tak nak dah kahwin. Aku kahwin pon tak fully kenal suami aku punya per4ngai.

Cuma tau kerja, background family. Jadi, kami proceed je nak kahwin kononnya tak nak dah bazir masa bercinta. Suami aku kerja biasa – biasa je. Biasalah lepas kahwin dah tido sebantal ni serba serbi tak kena. Suami aku pulak masuk kategori mild pengotor.

Shampoo tu kadang – kadang aku suruh sebab tak tahan bau tengik kepala dia. Gosok gigi pon hmmm payah betul. Mandi pon sekali sehari. Kenapa aku kata mild sebab kalau dia bersiap, completelah semua

. Deodorant, perfume cuma tulah part lain tu nak diketuk juga dulu.

Masa dating dulu manalah tau semua. Bila jumpa tau tau wangi je. Hahahaha. Aduhai. Letih aku ada dua baby sekarang. Entahlah rasa nak pulang semula laki aku kat mak pak dia. Takpun nak let go je. Boleh tak gitu? – Minah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Muhammad Faris Abdullah : Kesian puan dapat suami tak berkualiti. Itulah lelaki dan perempuan zaman sekarang ramai yang tidak berkualiti tidak layak berkahwin.

Puan perbaiki diri sendiri ikhlaskan buat amal kebaikan jaga anak dan sebagainya kerana Allah bukannya kerana suami. Allah sebaik – baik tempat berg4ntung bukannya suami.

Nora Nina : Orang laki kalau dia tak bangun sendiri malam – malam jaga anak tak mandikan anak jaga anak memang dia takda rasa tanggungjawab tu.

Kalau gaji so so tak payahla pjj carila jalan duduk sekali bagi laki rasa susah jaga anak. Tu takda bonding sebab tu common sense takda. Takpun weekend suami balik awak keluar sehari jalan – jalan tinggal anak dekat suami.. biar dia jaga.

Nora Osman :

1) Sabar
2) Ketuk selalu – da tahu mmg kena ketuk baru jalan kan.
3) Suruh beli keperluan anak tu. Suruh dia bank in duit.
4) Kebersihan diri pun, ketuk.

***Ujian tt dapat suami MILD dalam segala benda. Bukan kebersihan sahaja. so, berdamailah dengan takdir. Memang penat nak KETUK selalu. Tapi sabarlah, InsyaAllah 10 tahun lagi dia akan terbiasa.

Inilah antara RAHSIA dalam JODOH kita.. takkanlah Allah tersilap percaturan kan? Sebab kahwin pun bukan kena p4ksa.

BACa: Bekas suami whatapp lagi, dia cakap aku sombong, aku sekarang dah makin cantik bergaya dia mula melutut