Perkongsian video ibu Bella Astillah undang sebak “Jika lelaki itu menyakitimu, pulanglah..”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Terbaharu, ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarinah ada memuat naik satu video memaparkan

momen-momen dia dan suami bersama anak kesayangannya itu, Bella.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kata-kata yang tertulis pada video tersebut.

Perkongsian video ibu Bella Astillah undang sebak “Jika lelaki itu menyakitimu, pulanglah..”

Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitkan hatimu pulanglah ke pangkuan keluargamu, mereka akan selalu ada untukmu.

Meskipun Zarinah atau lebih mesra dengan panggilan Eina tidak menjelaskan secara terperinci namun hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan berkaitan dengan kontroversi yang membabitkan rumah tangga anaknya.

Terdahulu, media melaporkan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita iaitu Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

@bellaastillah94 Keluarga yang terbaik pada akhirnya ❤️ #bellaastillah #alifaziz ♬ bunyi asal – Syaf_iq

BACA: “Kurang ajar, masa majlis tahlil arwah nenek, makcik-makcik aku boleh berjoget buat video tiktok, sekali lain pula jadi bila mak aku bersuara”