KK Mart buat hal! Jual stokin ada kalimah Allah undang kecaman netizen

Oleh ISMAIL YAHYA

Kehebohan berlaku semalam di media sosial berkenaan dengan penjualan stokin yang memaparkan kalimah Allah S.W.T di salah satu cawangan KK Supermart.

Banyak yang mempersoalkan kepekaan rangkaian runcit tersebut terhadap produk yang menyentuh sensitiviti agama penganut terbesar di Malaysia.

Menyusul insiden tersebut, pihak KK Supermart telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penjualan stokin jenama MIRANOSOCK.

KK Mart buat hal! Jual stokin ada kalimah Allah undang kecaman netizen

Mereka mengakui bahawa terdapat kesilapan dalam penjualan stokin tersebut di cawangan KK SUPER MART di Bandar Sunway semalam.

Mereka menyatakan rasa kesal dan mengambil insiden ini dengan serius. Tindakan segera diambil dengan menghentikan penjualan stokin tersebut.

Selain itu, KK Supermart juga menjelaskan bahawa produk tersebut adalah daripada vendor dan berada di bawah kontrak konsainmen. Mereka telah menghubungi vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu ini.

KK SUPER MART turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan perhatian terhadap isu ini dengan menegur dan memberikan komen. Pihak mereka sekali lagi memohon maaf dan berjanji untuk mengelakkan berulangnya insiden serupa ini.

BACa: “Patutlah suami marah bila aku post gambar berdua dengan dia dekat Insta, padahal aku dah privatekan akaun, rupanya ini kerja dia!”