Hanya jadi imam terawih, pelajar sekolah ini raih pendapatan 5 angka sebulan

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Bayaran yang diberikan adalah sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah bersungguh-sungguh mempelajari al-Quran.

Pelajar tahfiz atau pondok dari Selatan Thailand menjadi rebutan masjid-masjid di Malaysia, termasuk golongan kenamaan, untuk bertugas sebagai imam tarawih sepanjang Ramadan.

Sobri Ahmad, Ahli Jawatankuasa Kecil Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, mengakui bahawa pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sana

Hanya jadi imam terawih, pelajar sekolah ini raih pendapatan 5 angka sebulan

menerima bayaran lumayan sehingga lima angka untuk menjadi imam tarawih di Malaysia setiap tahun.

“Pelajar-pelajar ini kebanyakan bertugas di seluruh Semenanjung Malaysia, terutamanya di pantai barat,” katanya.

Menurut Sobri, rakyat Malaysia tidak terlalu memikirkan tentang bayaran kepada imam-imam ini kerana mereka memberikan sumbangan dengan niat bersedekah. Kebanyakan imam yang dipilih juga merupakan pelajar tahfiz.

Bayaran yang diberikan adalah sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah bersungguh-sungguh mempelajari al-Quran, jelas Sobri.

Sementara itu, Lutfi Saman, Pengarah Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pembelajaran al-Quran Narathiwat, menyatakan bahawa beberapa pelajarnya bertugas sebagai imam tarawih di rumah-rumah orang kenamaan di Kuala Lumpur.

“Mereka biasanya tinggal selama sebulan di rumah orang kenamaan tersebut sebagai sebahagian daripada usaha orang kenamaan untuk meningkatkan kebersamaan dalam ibadah Ramadan,” katanya.

Perkara ini sudah menjadi rutin bagi pelajar-pelajarnya sepanjang bulan Ramadan, tambahnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa bayaran bagi imam tarawih di Kelantan mencecah lima angka sepanjang bulan Ramadan.

Ahmad Maher Safiain, Imam Satu Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, yang menyifatkan perkara tersebut tidak pernah didedahkan sebelum ini, menjelaskan bahawa di masjid mereka, dua imam akan bertugas sepanjang Ramadan dengan bayaran RM12,000 untuk sebulan.

BACA: “Family mertua beria suruh berpantang di rumah mereka, tapi bila sampai katil untuk saya pun tak pasang lagi, paling terkilan masa tengah makan”