Pemilik helmet ‘Arai’ berdepan denda tak lebih RM20000 atau dipenjara 5 tahun

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang telah melakukan serbuan ke sebuah premis

Di kawasan tersebut dan menyita 268 unit topi keledar yang dikatakan berjenama ‘Arai’, yang popular di kalangan peminat motosikal.

Tindakan ini dianggap sebagai bentuk penipuan yang berpotensi membahayakan pengguna.

Pemilik helmet 'Arai' berdepan denda tak lebih RM20000 atau dipenjara 5 tahun

Serbuan tersebut dilakukan bersama wakil pemilik hak cipta berkenaan, dan hasilnya menemui kesemua barangan aksesori tersebut bernilai RM70,240.

Pengarah KPDN Negeri Pulau Pinang, S Jegan, menjelaskan bahawa pemeriksaan yang dijalankan mendapati topi keledar tersebut mempunyai jenama TSR,

namun mengandungi tanda karya seni Arai yang melibatkan pelbagai model seperti Nakano Shukiken Silver, Black Samurai, dan Oriental Blue.

Beliau menegaskan bahawa tindakan ini melanggar Akta Hak Cipta 1987, dan pihak berkuasa KPDN negeri memberi amaran keras agar semua pihak sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Sesesiapa yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Bagi kesalahan pertama, individu tersebut boleh didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000, atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan berikutnya, denda mungkin tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak melebihi RM40,000, atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya.

Jegan menyeru kepada masyarakat untuk sentiasa menjadi sumber maklumat bagi pihak berkuasa tentang sebarang aktiviti yang melibatkan pelanggaran hak cipta oleh pemilik karya tanpa kebenaran.

BACA: Remaja kira duit tabung masjid yang dicuri dalam pusat snuker undang reaksi netizen