Motorsikal rider Foodpanda ditinggal berhabuk ditempat parking lalaport, individu dedah apa yang jadi sebenarnya

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pihak Foodpanda telah dimaklumkan tentang keadaan motosikal yang ditemui di pusat beli-belah di ibu negara, dan mereka sedang berusaha untuk menghubungi rider terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sejak Isnin (25 April), satu perkongsian di grup GrabFood Malaysia oleh seorang pengguna Facebook bernama Farhan Faris telah menimbulkan perhatian media sosial.

Farhan bertanya kepada orang ramai jika ada yang mengenali pemilik motosikal Foodpanda yang ditemui di pusat beli-belah tersebut.

Motorsikal rider Foodpanda ditinggal berhabuk ditempat parking lalaport, individu dedah apa yang jadi sebenarnya

Motosikal itu disebut ‘hilang’ ketika sedang berkerja di kawasan LaLaport, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian tersebut, Farhan mencari maklumat mengenai pemilik motosikal tersebut dan meminta para rider yang mengenali untuk memberi maklumat. Motosikal itu didapati ditinggalkan di kawasan parkir khas untuk rider di pusat beli-belah tersebut.

Foto motosikal tersebut menunjukkan keadaan yang berhabuk, memberi kesan ia telah ditinggalkan di situ untuk jangka masa yang agak lama.

 

Perkongsian Farhan telah tersebar luas di kalangan para rider dan media sosial lainnya. Namun, ada teori ‘mistik’ yang muncul berhubung dengan kehilangan motosikal tersebut, dikaitkan dengan sejarah tempat tersebut yang dulunya merupakan tapak Penjara Pudu.

Namun, Apiz Mazuke kemudian menjelaskan bahawa kejadian itu tidak berkaitan dengan perkara mistik.

Beliau menyatakan bahawa motosikal itu milik seorang rider yang ditahan oleh pihak polis atas beberapa kesalahan termasuk pengaruh dadah dan kekacauan di pusat beli-belah tersebut. Individu tersebut juga mempunyai rekod dalam carian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Apiz Mazuke menegaskan bahawa dia sendiri yang bertanggungjawab menahan individu tersebut dan meminta keluarga atau kenalan yang mencari individu tersebut untuk melakukan carian di IPD Dang Wangi.

Beliau juga menyeru orang ramai untuk menghentikan teori mistik berhubung isu tersebut

BACA: “Masa bersalin anak bongsu, suami boleh cakap, apalah dosa kau buat ni sampai tumpah darah, orang lain pun bersalin juga”