“Tunang mengandung 1 bulan tapi aku tak pernah sentuh dia, yang jadi masalah sekarang ni lagi 5 hari je majlis perkahwinan saya”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Assalamualaikum admin. Mohon hidekan profil saya. Saya sekarang dalam dilema. Majlis kahwin saya lagi 5 hari lagi tapi Permasalahan saya di sini berkaitan tunang saya.

Tunang saya dah mengandung 1 bulan.Tapi sebelum tu saya nak maklumkan yang saya tak pernah sentuh dia.

Tunang saya baru2 ni beritahu yang dia dah terlanjur dengan ex bf dia. Kami tunang pun tak lama.

"Tunang mengandung 1 bulan tapi aku tak pernah sentuh dia, yang jadi masalah sekarang ni lagi 5 hari je majlis perkahwinan saya"

Tu pun atas rekomen orang tua dan saudara mara saya.

Yang menjadi masalah bagi saya sekarang adalah majlis sudah dekat dengan orang yang sudah dijemput katering apa semua dah dibayar.

Duit hantaran sebanyak rm20k pun dah diserahkan sepenuhnya. Kalau saya batalkan apa orang akan cakap nanti. Mana mak ayah saya nak letak muka. Ada tak cara yang saya boleh buat tuntutan semula ganti rugi.

Tunang saya pun dah banyak hari murung. Saya taknak la sampai saya sendiri terpaksa bagitahu makayah dia pasal kandungan yang dibawa. Saya bukan manusia yang z4lim. Cuma saya nak buat perjanjian dengan dia.

Dimana lepas anak tu lahir saya akan ceraikan dia dan dia bayar balik segala kos yang saya keluarkan. Kira adil bagi saya dan adil bagi dia. Saya tak rugi dan maruah dia pun terjaga.

Jadi kat sini saya nak tahu, perjanjian yang bertulis ni mcmmna prosedur dan siapa yang saya patut jumpa untuk perjanjian ni. Sebab kalau salah seorang ingkar perkara ni boleh dibawa ke mahkamah.

Itu sahaja yang saya nak tahu. Dan sekali lagi sy mohon maaf. Mungkin ayat saya tak teratur. Saya tengah serabut ni.

BACA: “Patutlah mak mertua sibuk nak sangat jaga anak aku masa pantang, suruh aku berehat bagai, rupanya dia nak pakaikan anak aku tangkal benang hitam!”