Sebagai seorang individu yang beragama Islam, pelawak Shuib dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak akan berkompromi
Dalam isu penjualan stoking yang mempamerkan kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart yang baru-baru ini menjadi tular.
Shuib, yang nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40 tahun, berpendapat bahawa kecuaian yang menyentuh sensitiviti agama tidak seharusnya berlaku dalam apa jua bidang perniagaan.
“Dalam kapasiti saya sebagai seorang Muslim, saya terkesan dengan perkara ini dan ia sepatutnya tidak berlaku dalam apa jua bentuk perniagaan atau situasi,” katanya.
“Kita perlu marah kerana kalimah Allah ini adalah sesuatu yang sangat penting. Jika benar, saya tidak akan menyokongnya sama sekali. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim,” tambahnya, yang juga merupakan duta KK Mart.
“Ketika isu ini timbul, saya benar-benar marah kerana perkara tersebut sangat tidak patut berlaku. Perbuatan tersebut sangat keji, itulah yang saya boleh katakan.
“Namun, isu ini masih belum selesai dan siasatan masih dijalankan, jadi saya tidak dapat memberikan komen lanjut kerana melibatkan urusan perniagaan dan sensitiviti orang lain.
“Saya akan tetap teguh sebagai seorang Muslim yang tidak akan sekali-kali menyokong perkara yang salah,” katanya.
Shuib juga mengakui bahawa beliau bersedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta jika kedai serbaneka tersebut terbukti bersalah kelak.
“Saya sentiasa percaya pada konsep rezeki. Jika rezeki saya tidak termasuk dalam perkara ini, maka saya akan menerima. Tetapi, saya tetap akan memegang prinsip saya sebagai seorang Muslim,” ujarnya.
Sebelum ini, warganet di media sosial telah kecoh berhubung penjualan stoking yang memaparkan kalimah Allah SWT secara terbuka di kedai serbaneka KK Supermart.
Selepas mendapat tekanan yang hebat dari rakyat Malaysia, KK Supermart akhirnya mengeluarkan kenyataan permohonan maaf berhubung penjualan stokin berjenama MIRANOSOCK.
Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan pengeluaran produk yang dianggap merendahkan dan sengaja mencetuskan provokasi terhadap institusi agama.
BACA: “Patutlah perniagaan papa melingkup, semuanya terbongkar bila mak panggil tukang paip datang rumah”