Gara-gara perkahwinan dibatalkan, pengantin lelaki nekad bersanding seorang diri

Oleh ISMAIL YAHYA

“Mereka tidak hadir. Bayangkan bagaimana kami sekeluarga perlu berhadapan dengan penghulu dan menceritakan semua yang terjadi,” katanya.

Seorang lelaki di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selatan, terpaksa berdiri sendirian tanpa pasangan perempuan

selepas perkahwinan mereka dibatalkan pada saat akhir, lapor laman berita Tribunnews.

Gara-gara perkahwinan dibatalkan, pengantin lelaki nekad bersanding seorang diri

Kisah tersebut dikongsikan oleh kakak pengantin lelaki bernama Dwi Trisiana di laman TikTok.

Menurut Dwi, keluarganya telah menyewa dewan besar yang dihias dengan dekorasi mewah dan megah untuk majlis perkahwinan adik lelakinya.

Namun, disebabkan nenek bakal pengantin perempuan meninggal dunia beberapa hari sebelum acara tersebut berlangsung, keluarga wanita itu meminta agar perkahwinan tersebut ditangguhkan.

Dwi mengatakan bahawa apa yang mengecewakan keluarganya ialah apabila mereka hanya dimaklumkan tentang perkara itu sehari sebelum majlis berlangsung, padahal jenazah si mati telah dikebumikan tiga hari sebelumnya.

Disebabkan semua persediaan telah disiapkan, dan tetamu serta jurunikah telah mengesahkan kehadiran mereka, keluarga Dwi memutuskan agar hanya pengantin perempuan dan walinya sahaja yang hadir untuk majlis akad nikah.

Namun, mereka sekali lagi kecewa apabila tiada seorang pun dari pihak pengantin perempuan yang hadir ketika majlis sebenar berlangsung.

“Mereka tidak hadir. Bayangkan bagaimana kami sekeluarga perlu berhadapan dengan penghulu dan menceritakan semua yang terjadi,” katanya.

Disebabkan terlalu kecewa dengan kejadian tersebut, keluarga Dwi membatalkan terus perkahwinan tersebut dan meminta agar duit mas kahwin dan hantaran dipulangkan.

Sementara itu, adik lelaki Dwi tetap berdiri sendirian dan melayani tetamu yang datang meskipun berasa kecewa dengan kejadian tersebut.

BACA: Pengakuan Will Smith baca al-quran sepanjang Ramadan undang persoalan netizen