Aku mohon pendapat dan kata kata semangat dari korang. Sebelum tu, aku mintak maaf kalau ayat aku berterabur.
Baru baru ni, suami aku terima satu panggilan video dari nombor yang tak dikenali.
Suami aku angkat dan si scammer tu tayang buah dada.Seperti dipukau suami aku turuti kata scammer untuk tunjuk kemalvan dia.
Terus scammer tu tamatkan video call tu.
Suami aku baru tersedar dengan apa yang dia dah buat. Itulah KESILAPAN terbesar dalam hidup dia. Kebetulan pulak dia tak berbaju.
Scammer dah screensh0t video muka suami aku dan kemalvan dia. Apalagi dia mula peras ugus suami aku untuk bayar duit kalau tak dia sebar video tu.
Suami aku terlalu takut, dia pergi bankin duit wey. Dah la tengah bulan duit cukup cukup ja nak survive sampai hujung bulan.
Esok pagi selepas dia bankin dia terpaksa cerita semua ni dekat aku. Sambil luahkan semuanya dia menangis berharap aku tak berasa jijik dan tinggalkan dia.
Mengucap panjang dengar semua ni lepas dia tunjuk coversation tu.
Scammer Indonesia tu dia send voice ugut suami aku untuk bayar lagi. Aku sakit hati sangat terus ajak suami aku pergi buat report polis.
Sampai dekat balai polis jumpa dengan seorang pegawai ni. Tapi pegawai ni ajak suami aku sembang jauh sikit dari aku. Lepas sembang suami aku terus ajak balik. Eish pelik kenapa tak terus buat report?
Dalam kereta suami aku cerita yang pegawai polis tu cakap,
“Bdoh! kenapa ko bdoh sangat? Kebdohan semua berpunca dari ko! Tak payah buat report nanti mengaib kan ko dan isteri. Tak sayang isteri ko ke”
Lepas tu pegawai polis tu send voice maki dekat scammer tu. Teruk la scammer tu kena maki.
Nasihat pegawai polis tu, block dan buat tak tau. Kalau dia dah sebar ko deny je. Sebab dorang pun tak boleh buat apa, ni scammer oversea. Banyak dah kes camni jadi.
Balik tu suami aku masih resah tak de selera makan. Kejap kejap datang mintak maaf dekat aku. Dia malu kalau keluarga dan kawan kawan dia tengok video tu.
Aku kesian tengok suami aku, dia dah tak ceria macam sebelum ni.
Pada aku, dia suami yang sangat baik, bertanggungjawab tapi sebab tersalah langkah dia kena tanggung semua ni.
Aku harap Allah pelihara aib dia dan video tu tak tersebar dan pelaku dapat balasan.
Korang hati hatilah kalau dapat video call dari orang yang tak dikenali. Jangan angkat, kalau angkat tutup camera depan.
Okay tu saja, terima kasih sebab baca. Doakan aku sekeluarga dipermudah urusan melalui dugaan ni.
Reaksi Warganet
FatinNajihah AmanShah –
Nur Hanis betul cik. Kenalan saya pernah kena. Dan ramai orang dah pernah kena macam ni.
Kadang kadang depa p call kita pukul 2, 3 pagi. Mamai mamai kebanyakannya akan angkat call. Banyak kes dah.
Siti Rosmiza –
Kalau telefon berbunyi, amik masa. Baca dekat screen siapa call, video call ke apa ke.
Biasa saya kalau no tak kenal memang lambat angkat. Video call saya tak layan. Kalau call saya masih angkat sebab takut orang JNT ke DHL ke. So.. Jangan gelojoh.. Amik masa fikir..
Suria Hani –
Betul sis. Baru baru ni sorang kawan saya kena. Dia senior cashier Dan tugas dia bank in duit collection hari hari.
Ikut rekod keje dia Selama hampir 15 tahun sebagai Cashier, memang tip top. Dan haritu dia dapat call Dari sorg scammer Dan terus dipukau.
Antara sedar tak sedar, scammer tu suruh dia bank in duit sales collection 2 hari dalam dekat 40k.
Keluar masuk Dari bilik kebal Dan ke bank pun staff lain ramai tak perasan. Sedar sedar baru dia perasan kenapa dia buat benda tu walaupun dia sedar Salah besar.
Memang terpaksa DI Dan kena buang kerja. Dah jadi Kes polis sebab libatkan duit company. Memang kesian sangat kawan saya sebab anak anak kecik lagi kalau masuk penjara sebabkan Kes ni.
Polis pun kesan yang scammer Dari luar dekat Singapore Dan memang ramai yang dah terkena. Bukan calang calang orang yang terkena. Doctor, cikgu ramai lagi.
Kalau saya dapat la scammer ni, memang la. Scammer ni bukan musnahkan hidup kau harini saja, tapi masa depan.
Putih Merpati –
Kawan aku pernah kena ni. Dia delete semua friend dalam IG dan FB sebelum tutup terus akaun tu selamanya.
Once scammer tu noticed suami kau dah off semua sosmed, dia pun akan stop buat kerja. Sebab dah tiada keuntungan lagi untuk dia ugut ugut suami.
Kalau sungguh pun dia melayan, itu cerita no dua. Sekurang kurangnya suami dah belajar dari kesilapan.
Faranisyah Hakim –
Hmm, benda dah jadi dah. Polis cakap tu betul jugak. Scammer ni ramai, dekat luar negara pulak tu. Nak settle bukan senang. Banyak lagi kerja polis.
Lagipun, nak kata ada elemen pukau? Payah nak dibuktikan dalam court.
Suh husband awak tutup sementara mana mana media social dia (untuk elak scammer contact segala kenalan dia dekat situ).
Berdiam diri buat seketika, solat taubat dan mohon doa agar benda ni tak tersebar. Aminnn
Akak baru jer maki sekor scammer LHDN semalam. Ingat nak kasi tazkirah, tapi dia bercakap bukan main biadap. Terus tak jadi nak menyamar, ku maki kaw kaw.
Dia yang terpukau dengan makian akak gamaknya, terus diam.
Nik Nur Raidah –
Lepas ni tolong install app macam true caller ke apa. Kalau macam saya memang takut sikit nak angkat nombor tak kenal
Kalau dekat true caller tak detect nama, saya google nombor tu. Biasanya kalau memang scammer akan ada lah orang dah report..
Norizan Mamat –
Salam,
Insya-Allah tak apa apa. Allah akan lindung aib kita. Minta suami taubat dan buat la solat apa apa malam malam. Doa banyak banyak. Lepas tu berserah saja pada Allah.
Move on…
Kalau tak, kita akan rasa berdebar debar sentiasa. Sentiasa rasa takut.
Mereka dah buat kat banyak orang. Tak ada siapa nak perasan. Kalau perasan pun boleh jadi pelanduk dua serupa.
Macam polis tu cakap, just nafikan. Tak ada siapa akan peduli.
Ok. Jangan susah hati sangat yer…
Moga dipermudahkan segala urusan tuan puan dan dipelihara dari segala keaiban